
اكاءون نجيب سينسيتيف، جومله بسر كلوار ماسوق بوليه جيجس ريڠڬيت
Pegawai Ambank memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, akaun peribadi AmIslamic Datuk Seri Najib Razak dikategorikan sebagai sensitif kerana beliau yang juga Perdana Menteri ketika itu, individu yang terdedah secara politik.
Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank, Yap Wai Keat yang memberikan keterangan sebagai saksi ke-38 pendakwaan, berkata berikutan itu Ambank perlu mengendalikan akaun berkenaan dengan berhati-hati, selain transaksi wang keluar masuk daripada akaun berkenaan juga membabitkan jumlah yang besar.
Wan Aizuddin: Katakan AS$10 juta dipindah masuk ke dalam negara untuk ditukar kepada ringgit dan penerima bukan Najib. Adakah ia akan mengubah kedudukan pasaran?
Wai Keat: Ia tidak akan mengubah kedudukan pasaran kerana jumlah itu sedikit dibandingkan dengan AS$680 juta (transaksi wang masuk dalam akaun Najib). Kita perlu lebih berhati-hati, dan disebabkan itu saya rasa Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu mewujudkan nama kod AmPrivate Banking – MR bagi akaun itu.
KUALA LUMPUR: Pegawai Ambank memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini, akaun peribadi AmIslamic Datuk Seri Najib Razak dikategorikan sebagai sensitif kerana beliau yang juga Perdana Menteri ketika itu, individu yang terdedah secara politik.
Ketua Pasaran Modal Perbankan Persendirian AmBank, Yap Wai Keat yang memberikan keterangan sebagai saksi ke-38 pendakwaan, berkata berikutan itu Ambank perlu mengendalikan akaun berkenaan dengan berhati-hati, selain transaksi wang keluar masuk daripada akaun berkenaan juga membabitkan jumlah yang besar.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Oleh sebab ia membabitkan jumlah wang yang besar, dan pasaran akan tahu mengenainya, ia selanjutnya boleh menjejaskan nilai ringgit,” katanya ketika menjawab soalan peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed, pada sesi soal balas.
Wan Aizuddin: Katakan AS$10 juta dipindah masuk ke dalam negara untuk ditukar kepada ringgit dan penerima bukan Najib. Adakah ia akan mengubah kedudukan pasaran?
Wai Keat: Ia tidak akan mengubah kedudukan pasaran kerana jumlah itu sedikit dibandingkan dengan AS$680 juta (transaksi wang masuk dalam akaun Najib). Kita perlu lebih berhati-hati, dan disebabkan itu saya rasa Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu mewujudkan nama kod AmPrivate Banking – MR bagi akaun itu.
TONTON: IKUT LOGIK ZAHID, BUBAR SAHAJA UMNO
Disoal peguam sebab Joanna memberitahunya akaun milik Najib ketika menguruskannya, saksi itu berkata, supaya ia boleh direkodkan dengan betul ke dalam sistem dan tidak mengambil risiko untuk bercakap banyak mengenainya, berikutan itu akaun sensitif.
Sementara itu, Wai Keat berkata, beliau tidak dapat mengingati tujuan wang berjumlah RMRM60.6 juta dipindah masuk ke dalam akaun Najib yang berakhir dengan nombor akaun 694 pada tahun 2011 oleh putera Arab Saudi, Putera Faisal Turki Bandar Al-Saud.
Katanya, beliau meminta Joanna untuk meminta Najib mendapatkan pelepasan daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai transaksi wang terbabit.
Disoal Wan Aizuddin sama ada transaksi berkenaan dipersoal oleh BNM, saksi berkata beliau tidak ingat, bagaimanapun, katanya ia tidak menimbulkan sebarang keraguan, jika pihaknya tidak menerima panggilan daripada bank pusat itu.
Wai Keat memberikan keterangan terhadap Najib, 69, yang berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Semalam, saksi itu membacakan pernyataan bertulisnya memberitahu mahkamah, wang berjumlah RM2.23 bilion dideposit ke dalam akaun peribadi Najib, termasuk daripada dua syarikat yang dikaitkan dengan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.
Menurut Wai Keat, RM2.17 bilion diterima daripada Blackstone Asia Real Estate Partners dan Tanore Finance Corp (yang dikawal sekutu perniagaan Jho Low, Eric Tan Kim Loong) di antara tahun 2012 dan 2013.
Sumber berita:
Tajuk:
