Akhbar Wilayahku satu pembaziran!

Dato’ Mohd Razlan Rafii

Dalam bandar besar yang mana orang bandar lebih membaca akhbar melalui Media Elektronik, Menteri Wilayah melancarkan akhbar bercetak.

Dalam masa satu dunia berkata pasal Green Environmental, Kementerian Wilayah juga memperkenalkan pengurangan pengunaan Plastik dan macam-macam untuk mencapai tahap bandar Kelas Pertama Dunia untuk Wilayah Persekutuan, Menterinya memperkenalkan Akhbar Cetak.

Pada masa yang sama, Setiausaha Politik Khalid Samad menjadi Ketua Pengarang kepada akhbar tersebut?

Untuk apa akhbar ini diadakan? Adakah untuk menjaga kroni dan cara untuk membazirkan duit Yayasan Wilayah Persekutuan?


Saya nasihatkan YB Menteri Wilayah untuk mendapatkan Penasihat yang bertaraf Dunia, boleh memikirkan perkara-perkara baru yang berlaku di dalam dunia hari ini.

Tidak apa meneruskan apa yang Kerajaan Terdahulu buat, tapi seeloknya kita buat perkara-perkara yang boleh memberi keselesaan kepada Rakyat Bandar, bagaimana mengurangkan kos kehidupan rakyat dan bagaimana nak mengurangkan kesesakan rakyat bandar.

Rakyat Bandar bergantung harap kepada Kerajaan hari ini untuk terus membangunkan dan membelanjakan wang cukai kepada perkara yang bertaraf dunia tanpa meningkatkan kos kehidupan mereka.

Datuk Mohd Razlan Rafii
Naib Ketua Bahagian Seputeh
Mantan Ketua Pemuda UMNO WP


FOLLOW US ALSO VIA THE FOLLOWING LINKS:

Raggie Jessy Rithaudeen on Twitter

Raggie Jessy Rithaudeen on Facebook

TowardsGE15 on Facebook

Gagasan Tiga (G3) on Facebook

The Third Force (Telegram)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...