
“Anwar membuktikan dakwaan saya semalam bahawa pucuk pimpinan PKR sedar akan pengaruh Mahathir dan tidak berani memutuskan hubungan dengannya secara rasmi”
Raggie Jessy Rithaudeen
اخيرڽ انور ‘مڠاكو’ تيدق براني تولق محضير
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
“Dalam keadaan (sekarang), kita tiada keupayaan atau bersikap terlalu keras untuk menolak segala bentuk kerjasama.
“Malah sekarang ini pun, selain PH, kita sedia bekerjasama dengan semua rakan dari parti pembangkang…
“Kita nak kesepakatan dengan semua kelompok pembangkang malah (dengan yang lain, kerana kita lihat ada ketegangan dalam PN.”
Demikian kata-kata presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, sehari selepas Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendesak agar PKR menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Mahathir.
Ini sekaligus membuktikan dakwaan saya bahawa pucuk pimpinan PKR sedar akan pengaruh Mahathir dan tidak berani memutuskan hubungan dengannya secara rasmi.
BACA PEMBONGKARAN PENUH DI SINI
Semalam, saya menulis:
AMK cuba memberi persepsi palsu kononnya Mahathir sedang berusaha untuk menjalin hubungan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Anwar masih relevan dan disokong ramai.
Malangnya, AMK lupa kenyataan yang dibuat oleh Mahathir sendiri pada 31hb Disember 2020, di mana beliau dengan jelas menyuarakan rasa tidak yakinnya terhadap apa yang diperkatakan oleh Anwar berhubung isu sokongan majoriti.
“Dia tak boleh jadi perdana menteri kalau tak ada sokongan yang cukup. Kalau tak ada kami, dia tak dapat sokongan yang cukup.
“Dah berapa kali dia cakap mempunyai majoriti yang kuat. Pergi baliklah,” kata Mahathir.
Ini hakikat, malah, lebih 50 peratus ahli parlimen Pakatan Harapan menolak kepimpinan Anwar bersama hampir kesemua ahli parlimen blok kerajaan, Sabah dan Sarawak.
Ini terbukti apabila Anwar berulang kali gagal menunjukkan bukti sokongan majoriti terhadapnya dan gagal mempersembahkan bukti tersebut kepada Yang Di-Pertuan Agong apabila mengadap Seri Paduka Baginda Tuanku setelah mendakwa memiliki sokongan majoriti hampir dua per tiga.
Hakikatnya, bukan hanya Anwar berjaya mengumpulkan hanya 49 surat akuan bersumpah sokongan, dia membuat kenyataan palsu dalam keadaan terdesak bagi mengelirukan ahli-ahli parlimen agar mereka khuatir dipinggirkan jika tidak menyokongnya.
Mahathir sebaliknya disokong oleh sekumpulan besar ahli-ahli parlimen dari UMNO, WARISAN, AMANAH dan juga beberapa ahli parlimen dari PKR, PAS, PPBM dan DAP.
Kesemua terbabit sudah bersedia untuk bersama Mahathir jika parlimen dibubarkan atau jika berlaku perubahan kerajaan sebelum penggal penuh parlimen Malaysia ke-14 berakhir.
Atas sebab inilah Anwar terdesak dan sedang cuba sedaya upaya untuk menimbulkan persepsi palsu kononnya Barisan Nasional dan Pakatan Harapan akan menubuhkan gabungan baharu selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Bukan hanya Anwar ditolak oleh majoriti dari Pakatan Harapan, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengalami nasib yang sama dalam Barisan Nasional malah ditolak lebih 90 peratus pemimpin di semua peringkat.
Justeru, rancangan ‘penubuhan gabungan baharu PH-BN’ merupakan propaganda murahan semata-mata yang ditimbulkan oleh Anwar, Najib dan Zahid atas keterdesakan mereka agar ahli-ahli parlimen keliru dan tidak memasuki perjanjian dengan blok kuasa ketiga.
WAJIB BACA:
‘Total Lockdown’: 128,150 syarikat lulus operasi, ‘pusing’ tang mana pun tak dapat ‘selamatkan’ MITI
