
اخيرڽ محي الدين توندوق ڤد تيته اڬوڠ
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya tunduk pada titah Yang Di-Pertuan Agong dan memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini.
Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang berkata perkara itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.
Pada 16hb Jun 2021, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan.
Ini bermakna Muhyiddin perlu memulakan sidang parlimen dalam seminggu dua ini agar ahli-ahli parlimen mempunyai cukup masa untuk membahaskan Pelan Pemulihan Negara sebelum tamat Darurat pada 1hb Ogos.
PETALING JAYA: Tan Sri Muhyiddin Yassin akhirnya tunduk pada titah Yang Di-Pertuan Agong dan memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini.
Keputusan ini diumumkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang berkata perkara itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini.
“Kerajaan Persekutuan sentiasa menjunjung titah pandangan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam semua hal berkaitan pemerintahan negara termasuklah berhubung persidangan Parlimen,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selasa lalu, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi membolehkan Proklamasi Darurat dan Ordinan-ordinan Darurat dapat dibentang di Parlimen seperti termaktub dalam Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.
Sebelum itu, pada 16hb Jun 2021, Al-Sultan Abdullah bertitah bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan.
Ini bermakna Muhyiddin perlu memulakan sidang parlimen dalam seminggu dua ini agar ahli-ahli parlimen mempunyai cukup masa untuk membahaskan Pelan Pemulihan Negara sebelum tamat Darurat pada 1hb Ogos.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
