
“Sehingga hari ini, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan kegilaan dalam penularan wabak Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah berpunca daripada pusat-pusat mengundi. Sebaliknya, terdapat bukti kukuh bahawa ahli-ahli politik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang terlibat dengan ceramah di Sabah positif Covid-19 dan berulang alik antara Sabah dan Putrajaya tanpa melalui kuarantin”
Raggie Jessy Rithaudeen
اخيرڽ ڤاس مڠاكو ڤيليهن راي نڬري سابه چتوس كڬيلأن ڤنولأن وابق چوۏيد-19
PAS tengah cemas dengan penentangan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin di seluruh negara dan cuba mempertahankan Muhyiddin dengan mendakwa masa tidak tepat untuk diadakan pilihan raya umum ke-15.
Perkara itu disuarakan oleh Naib Presiden PAS dan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, yang menambah, pandemik Covid-19 masih merupakan ancaman kepada negara dan kerajaan tidak mahu apa yang berlaku di Sabah berulang.
Amar merujuk kepada Pilihan Raya Negeri yang tercetus di Sabah apabila UMNO dan PPBM bergelut untuk jawatan Ketua Menteri sehingga menyah-stabilkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.
Kenyataan Amar merupakan pengakuan secara langsung bahawa Pilihan Raya Negeri Sabah merupakan punca berlakunya lonjakan dalam penularan wabak Covid-19 yang masih belum reda hingga ke hari ini.
Namun, dakwaan kononnya Pilihan Raya Umum ke-15 akan menyebabkan ulangan apa yang berlaku di Sabah tidaklah begitu tepat.
Ini kerana, purata jangkitan harian yang dicatatkan dalam suasana “Total Lockdown” sudah jauh melangkaui purata yang dicatatkan selepas Pilihan Raya Negeri Sabah biarpun tidak ada lockdown pada ketika itu.
Malah, Pelan Pemulihan Negara yang kononnya bertujuan membawa Malaysia keluar daripada belenggu lockdown hanya berjaya meningkatkan purata kes harian setelah lapan minggu rakyat dipaksa mengharungi “Total Lockdown.”
Ini bermakna, keadaan kesihatan di negara ini sudahpun berada di luar kawalan dan akan terus merosot melainkan Muhyiddin memberi laluan kepada mereka yang lebih berpengalaman untuk mengambil alih kerajaan atau bersetuju untuk membubarkan parlimen agar Pilihan Raya Umum ke-15 dapat diadakan.
Saya tidak menjangkakan Pilihan Raya ini akan membawa sebarang peningkatan dalam kadar jangkitan jika Majlis Keselamatan Negara tidak membenarkan ceramah fizikal atau lawatan rumah ke rumah dan hanya membenarkan kempen Pilihan Raya secara maya.
Sehingga hari ini, tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan kegilaan dalam penularan wabak Covid-19 selepas Pilihan Raya Negeri Sabah berpunca daripada pusat-pusat mengundi.
Sebaliknya, terdapat bukti kukuh bahawa ahli-ahli politik Barisan Nasional dan Perikatan Nasional yang terlibat dengan ceramah di Sabah positif Covid-19 dan berulang alik antara Sabah dan Putrajaya tanpa melalui kuarantin.
Apakah Amar lupa akan semua ini?
Suka tak suka, berbaris di pusat mengundi untuk tempoh sejam atau kurang jauh lebih selamat daripada berbaris setiap hari di gerai makan atau kedai serbaneka dalam tempoh “Total Lockdown.”
Sekurang-kurangnya, di pusat mengundi, pihak berkuasa dan sukarelawan yang dilantik oleh Suruhanjaya Pilihan Raya akan ditugaskan untuk mengawal ketat pematuhan SOP penjarakkan sosial.
Di gerai makan dan kedai serbaneka pula, penjarakkan sosial amat jarang dipatuhi disebabkan ketiadaan pihak berkuasa atau pemantauan rapi oleh peniaga.
Tetapi adakah kita mendengar perihal “kluster gerai makan” atau “kluster kedai serbaneka?”
Tidak.
Justeru, selagi SOP penjarakkan sosial dikawal rapi, saya tidak menjangkakan kemunculan “kluster pilihan raya” jika Pilihan Raya Umum diadakan melainkan ceramah-cermah fizikal atau lawatan rumah-ke-rumah dibenarkan.
WAJIB BACA:
Bila pulak Cuepacs buat kajian sampai tahu isi hati penjawat awam?
