Akhirnya Saifuddin mendedahkan peipuan Anwar, Otai Reformasi

Raggie Jessy Rithaudeen

اخيرڽ صيفالدين منددهكن ڤنيڤوان انور، اوتاي ريفورماسي

Nampaknya Datuk Seri Saifuddin Nasution sudah mula mengigau di siang hari sehingga boleh bercakap karut tanpa disedari dirinya sendiri.




Penyakit yang dialaminya ini sebenarnya merupakan tanda-tanda klasik orang yang tidak dapat menerima kenyataan sehingga mula mempercayai perkara yang tidak berpaksi pada realiti.

Tengah hari tadi, Saifuddin mengaku berlakunya perpecahan dalam PKR. Walaubagaimanapun, menurut beliau, perpecahan itu langsung tidak menjejaskan persiapan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sebab-sebab yang diberikan oleh setiausaha agung PKR itu adalah seperti berikut:

1. Samada Anwar menjadi Perdana Menteri atau tidak perlu dirujuk pada konsensus PH, samada berubah atau tidak.

2. PH mempunyai kuasai majoriti dalam Parlimen, jadi yang paling penting dalam menentukan kedudukan Anwar ialah keputusan PH dan ahli Parlimen.

Ini bermakna Saifuddin mengaku bahawa:

1. Majlis Presiden PH tidak mempunyai kuasa menentukan kedudukan Perdana Menteri

Loading...

2. PH tidak mempunyai perjanjian bertulis berhubung pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia, dan

3. PH tidak mempunyai perjanjian bertulis yang menetapkan tarikh pengunduran Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Dengan kata lain, Saifuddin telah membuktikan secara langsung bahawa Anwar dan kumpulan-kumpulan penyokongnya (termasuk Otai Reformasi) telah menipu rakyat selama ini.

Ya, memanglah benar PH menguasai parlimen, dan Perdana Menteri lazimnya merupakan ketua parti yang terbesar dalam gabungan yang menguasai parlimen.

Tetapi ianya hanyalah kelaziman, bukannya hukum ataupun penetapan berperlembagaan.

Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh diangkat menjadi Perdana Menteri dengan syarat orang berkenaan merupakan ahli Dewan Rakyat dan memiliki sokongan majoriti Dewan.

Sebagai contoh, jika RSN Rayer boleh membuktikan bahawa beliau memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen, beliau boleh diangkat terus menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Tetapi keputusan terakhir terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong, bukannya ahli-ahli parlimen.

Tidak ramai yang tahu, Agong sebenarnya mempunyai hak berperlembagaan untuk menggunakan budi bicaranya sendiri bagi menentukan siapa yang benar-benar memliki ataupun mampu meraih sokongan majoriti ahli-ahli parlimen.

Ya, memanglah benar sokongan dari PH penting bagi menentukan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia kerana PH pada ketika ini merupakan gabungan parti terbesar di parlimen.

Tetapi apa yang lebih penting dari penguasaan parlimen oleh PH ialah kesepakatan 112 ahli parlimen dari gabungan berkenaan berhubung kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri dan juga keputusan akhir Yang di-Pertuan Agong.

Jika Anwar tidak lagi mampu mengawal partinya sendiri, masakan beliau boleh mengawal majoriti ahli parlimen PKR.

Dan jika Anwar tidak mampu mengawal majoriti ahli parlimen PKR, masakan beliau boleh meraih sokongan 112 ahli-ahli parlimen.

Setahu saya, PKR pada ketika ini dikuasai oleh gandingan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Zuraida Kamaruddin, di mana kedua-dua mereka mendapat sokongan sekurang-kurangnya 31 ahli parlimen dari parti berkenaan.

Sudah pastilah majoriti ahli parlimen akan meragui kemampuan Anwar menguasai Dewan Rakyat dan Kerajaan Persekutuan sekiranya diangkat menjadi Perdana Menteri sedangkan partinya sendiri berada dalam keadaan carca merba dan di bawah penguasaan pihak ketiga.

Apakah seorang presiden parti yang tidak berani memecat timbalannya sendiri yang jelas ‘berpaling tadah’ mampu mengawal Dewan Rakyat dan Kerajaan Persekutuan?

Satu dunia tahu, sekiranya Anwar benar-benar memiliki sokongan majoriti ahli parlimen, sudah pasti beliau berkhemah diluar pintu pagar utama Istana Negara, menunggu sahaja perkenan Tuanku untuk dipersembahkan bukti sokongan tersebut.

Saya sebenarnya menaruh simpati yang teramat sangat terhadap Saifuddin dan berharap beliau sedar betapa kata-katanya itu akan memudaratkan dirinya sendiri apabila menjadi bahan ketawa dan sindiran ahli-ahli parlimen.

Saya berharap ada pihak yang prihatin terhadap penyakit Saifuddin ini dan mengambil masa untuk membantu ‘mengubatinya’ dengan menjelaskan sebab sebenar Anwar tidak mungkin akan dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-8.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...