Akhirnya Zahid mengesahkan niat sebenar Kluster Mahkamah

Kluster Mahkamah kini bimbang bahawa Ismail Sabri terpengaruh dengan Muhyiddin dan tidak cenderung ke arah pembubaran parlimen sebelum kes-kes Mahkamah Zahid dan Najib diputuskan. Sumber (gambar): Fail TTF

“Kluster Mahkamah kini bimbang bahawa Ismail Sabri terpengaruh dengan Muhyiddin dan tidak cenderung ke arah pembubaran parlimen sebelum kes-kes Mahkamah Zahid dan Najib diputuskan”

Raggie Jessy Rithaudeen

اخيرڽ زاهيد مڠسهكن نية سبنر قلوستر محكمه

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan dakwaan saya bahawa Kluster Mahkamah inginkan Pilihan Raya Umum ke-15 sebaik sahaja imuniti kelompok dicpai dan status Covid-19 diubah dari “pandemik” ke “endemik” hujung Oktober ini.

Dalam satu kenyataan, Zahid berkata, kerajaan yang ada hari ini hanya bersifat sementara sehingga pandemik Covid-19 mulai berakhir dan setelah imuniti kelompok (herd immunity) dicapai.




Ahad lalu, saya menulis:

Negara kita akan mencapai imuniti kelompok dan Khairy akan umumkan peralihan rasmi dari status “pandemik” ke “endemik.”

Kemudian, Ismail Sabri akan menghadap Yang Di-Pertuan Agong dan menasihati Seri Paduka Baginda Tuanku untuk membubarkan parlimen.

Sekiranya Yang Di-Pertuan Agong menolak nasihat Ismail Sabri, kluster mahkamah mungkin akan menarik sokongan terhadapnya sepertimana yang berlaku terhadap Muhyiddin dan mencalonkan Zahid atau Najib sebagai Perdana Menteri Interim.

Tetapi memandangkan status wabak Covid-19 sudah diubah ke status endemik, Yang Di-Pertuan Agong dijangka akan bersetuju untuk membubarkan parlimen, sekaligus memberi ruang kepada pembentukan kerajaan caretaker sebelum Pilihan Raya Umum ke-15.

BACA PENDEDAHAN PENUH (PERTAMA) DI SINI

Namun, sudah timbul kesedaran di kalangan kluster menteri (UMNO) bahawa Perikatan Nasional dan Barisan Nasional tidak lagi perlu bergantung kepada Kluster Mahkamah.

Semalam, saya menulis:

Loading...

Kluster Menteri yakin bahawa formula kerjasama yang ada sekarang antara Ismail Sabri dan Muhyiddin akan memampukan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional mengekalkan target pencapaian minima 45 kerusi (jumlah) dalam Pilihan Raya Umum ke-15 biarpun Najib dan Zahid didapati bersalah.

Ini kerana Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan mendapat sedikit sebanyak sokongan dari sekumpulan pengundi yang dahulunya menyokong Barisan Nasional tetapi beralih ke pembangkang kerana menolak Kluster Mahkamah.

Sokongan tambahan ini berserta kekuatan jentera pentadbiran di bawah pengaruh bersama Ismail Sabri (menerusi Jabatan Perdana Menteri) dan Muhyiddin (menerusi MPN) akan mampu mengatasi pengunduran sebahagian penyokong “Bossku” yang mungkin marah kerana Ismail Sabri tidak membantu Najib.

Kluster Mahkamah kini bimbang bahawa Ismail Sabri terpengaruh dengan Muhyiddin dan tidak cenderung ke arah pembubaran parlimen sebelum kes-kes Mahkamah Zahid dan Najib diputuskan.

Jika kluster Mahkamah cuba untuk menggulingkan Ismail Sabri, DAP dikatakan telah bersetuju untuk menyokong kerajaan agar Ismail Sabri tidak tumbang selagi kes-kes Najib dan Zahid belum diputuskan.

Benar atau tidak, Najib tidak mampu mengambil risiko dan kini sedang berbaik-baik dengan Ismail Sabri dengan harapan rancangan asal untuk adakan Pilihan Raya Umum ke-15 sebelum hujung tahun akan diteruskan.

BACA PENDEDAHAN PENUH (KEDUA) DI SINI

WAJIB BACA:

Hubungan Kluster Mahkamah-Ismail Sabri tegang, Najib lemas dalam percaturan sendiri



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...