Akmal Lebih Sesuai Keluar UMNO Masuk PAS – Boleh Sama-Sama ‘Serang’ DAP Tanpa Asas Kukuh

Raggie Jessy Rithuadeen

Berikut merupakan penulisan terkini saya di Facebook:

Yang rampas kerusi Umno pada PRU16 ialah Perikatan Nasional, bukan DAP.




Namun, saya hairan Dr Akmal Saleh menjadikan salah satu misi perjuangannya menyerang/menentang DAP.

Saya mendengar dengan teliti seluruh ucapan Akmal untuk menilai apa sebenarnya masalah spesifik beliau dengan DAP.

Sumpah saya tidak jumpa satu ayat pun yang boleh menjelaskan di mana DAP melakukan perkara yang boleh dianggap sebagai ancaman sah samada kepada Melayu-Islam mahupun Umno, berserta bukti kukuh.

Tiada bukti, tiada asas… pada saya, Akmal lebih sesuai keluar Umno dan sertai perjuangan menyesatkan PAS.

Saya percaya beliau tak akan lama dalam jawatan Ketua Pemuda.

Perjuangan saya mudah… Cari kebenaran, bukannya main serang DAP semata-mata atas dasar politik kepentingan…yang betul saya kata betul, yang salah saya kata salah.

Akmal SALAH.

Loading...

Semalam, saya menulis (baca penuh) :

———–

BABAK PUTARBELIT DAN CIPTA DALIL, MEMANG PAS CHAMPION

Lidah rasmi PAS digunakan untuk sebar sentimen tanpa asas atau bukti kukuh untuk menakut-nakutkan penta’asub mereka terhadap DAP menerusi kaca mata kaum dan Agama.

PAS tidak boleh lari dari perjuangan sesat sebegini, kerana satu-satunya modal utama parti itu ialah menjadikan DAP ‘bogeyman’.

Namun, ini PAS sama yang pernah halalkan DAP.

Hari ini, PAS kata “Umno sendiri tentu faham bagaimana pandangan DAP terhadap Umno dan agenda Islam” (terkandung dalam artikel Harakah Daily, gambar dalam artikel asal, skrol ke bawah).

Namun PAS yang sama dulu pernah berkata, “Kalau dalam pergaulan mereka (DAP) tidak melawan atau memerangi Islam, mereka bukan golongan kafir harbi yang boleh membawa kemudaratan dalam kedudukan Islam.”

Kata-kata itu dilafazkan oleh Tuan Ibrahim pada 9 Ogos 2012, di mana beliau menambah, “kenyataan tentang hukum berdosa menyokong DAP ‘tidak bersifat ilmiah’.”

Pada 25 Mei 2018 pula, tidak lama selepas PRU14, Hadi memuji tindakan DAP yang didakwanya matang dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang berisiko menjejaskan keharmonian umat Islam.

Namun, hari ini, PAS mencemuh DAP yang sama semata-mata sebab DAP berjaya menjadi sebahagian daripada kerajaan bersama UMNO.

Hakikatnya, di bawah kepimpinan Anthony Loke, DAP kini lebih matang, lebih terbuka dan tidak lagi mengeluarkan kata-kata ekstrim yang boleh disifatkan perkauman.

Sebaliknya, PAS terus menerus menyembur racun toksik ke atas DAP dan kerajaan bersandar syak wasangka yang tidak bersandar fakta.

Banyak hujah PAS bersifat putarbelit lampau yang kerap kali bersalut fitnah dan bersempadankan perkauman ekstrimis.

Contohnya, PAS suka membangkitkan Perlembagaan dap yang dikatakan memiliki aspirasi sekularisme dan melanggar asas Perlembagaan Persekutuan.

Tapi bukankah dap menggunakan Perlembagaan yang sama ketika Hadi dan Tuan Ibrahim mempertahankan parti itu satu ketika dulu sebagai parti yang “tidak melawan atau memerangi Islam?”

Pada saya lah, babak cipta dalil dan putarbelit ni, memang PAS champion, dan inilah yang menjadikan parti ini cukup bahaya dan menyesatkan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...