Aktivis media sosial, Romy Irwan, bangkit menentang Annuar Musa

THE THIRD FORCE

Seorang pejuang media sosial telah bangkit menentang kenyataan lantang yang dibuat terhadap Bekas Presiden UMNO Dato’ Sri Najib Tun Razak oleh Setiausaha Agong parti, Tan Sri Annuar Musa.




Ketika ditemui malam semalam, Romy Irwan Shah, yang lebih dikenali dengan nama Romy, mendakwa beliau terpanggil membuat kenyataan kerana tidak berpuas hati dengan kenyataan dua pemimpin UMNO, termasuk Ketua bahagian Kuala Lumpur, Johari Abdul Ghani.

“Saya ingin tahu, adakah ini (kenyataan Annuar dan Johari) yang dikatakan mengukuhkan UMNO?

“Siapa anda nak berkata demikian terhadap Dato’ Sri Najib Tun Razak? Adakah anda sedar beliau banyak menolong ahli parti dari kesusahan sebelum ini?

“Adakah anda lupa senua itu,” tanya Romy.

Romy memberitahu The Third Force bahawa beliau menolak sekeras-kerasnya sesiapa sahaja yang membuat kenyataan bahawa Najib kononnya “membebankan parti,” sambil menambah bahawa beliau pernah menjadi pemimpin numbor satu di Malaysia.

“Anda harus ingat semua itu.

“Kalau semua ini yang anda sebut, UMNO tidak akan bangkit semula dengan meminggirkan Dato’ Sri Najib Tun Razak yang menjadi mangsa penganiayaan.

Loading...

“Anda kena ingat, semua yang dituduh terhadap Dato’ Sri Najib Tun Razak adalah fitnah semata-mata.

“Kalau betul, kenapa sehingga kini Dato’ Sri Najib Tun Razak masih tidak didapati bersalah sedangkan sebelum pilihanraya, iaitu pada tahun 2015 lagi, Tan Sri Abdul Gani Patail terang-terang mengeluarkan “charge sheet” yang sekaligus menunjukkan penyiasatan terhadap Najib telah lengkap?

“Saya berharap semua ahli serta pemimpin UMNO perlu bersatu dan kena ingat UMNO kini parti yang kalah dan tidak seperti dulu lagi.”

Romy turut menasihati UMNO supaya berubah dan berusaha memenangi hati orang melayu.

“Anda kena ingat, ramai lagi ahli UMNO masih bersama dengan Dato’ Sri Najib Tun Razak kerana dasar kepimpinan yang ditunjukkan sebelum ini,” katanya.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...