Alasan tangguh Undi 18 ‘pelik bin ajaib’

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Raggie Jessy Rithaudeen

السن تڠڬوه اوندي 18 ءڤليق بن عجأيب’

Suruhanjaya Pilihan Raya semalam mengumumkan penangguhan undi 18 ke September tahun depan dengan alasan Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan.

Persoalannya, kenapa hanya umum sekarang?




Dua bulan sebelum PKP 2.0 dilaksanakan, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberi jaminan bahawa Undi 18 berada di landasan yang betul untuk dilaksanakan menjelang Julai tahun ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Takiyuddin di Dewan Rakyat pada 3 hb November 2020 dalam jawapan bertulisnya kepada ahli parlimen Kepong, Lim Lip Eng.

Ini bermakna, PKP pertama tidak memberi impak langsung pada misi kerajaan untuk memastikan undi 18 dilaksanakan mengikut jadual.

Manakala itu, PKP 2.0 yang bermula Januari lalu memberikan kebenaran kepada pegawai-pegawai kerajaan untuk rentas negeri dan daerah bagi urusan rasmi.

Persoalannya, kenapa perlaksanaan undi 18 terpaksa ditangguh selama 14 bulan sedangkan PKP 2.0 tidak melangkaui tempoh dua bulan?

Bagaimanakah PKP kali ini yang jauh lebih longgar dari PKP pertama mampu merencat gerak kerja SPR sedangkan PKP pertama tidak menimbulkan apa-apa masalah?

Di manakah logiknya?

Loading...

Memang tidak masuk akal, dan kenyataan SPR dilihat menurut skrip agar kerajaan dapat mengelakkan lebih sejuta golongan muda daripada membuang undi pada Pilihan Raya Umum ke-15.

Ini sekaligus menunjukkan tahap keterdesakan blok kerajaan yang makin lama makin ditolak oleh majoriti rakyat yang muak dengan politik darrat, wang, kuasa dan kedudukan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...