Ali Khamenei menangis ketika imamkan jenazah Soleimani

Stesen televisyen Iran mengadakan siaran langsung memaparkan ribuan orang berpakaian hitam berhimpun di bandar barat daya Iran itu untuk memberi penghormatan terakhir buat Komander Qassem Soleimani. Sumber (gambar): Sinar Harian Online

علي خامنا منڠيس كتيك امامكن جنازه سوليايماني

Ribuan penduduk Iran menitiskan air mata hari ini saat mengusung keranda pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Baghdad.

Siaran langsung solat jenazah itu yang tular di laman sosial menunjukkan Ali Khamenei menitiskan air mata tatkala membaca surah membuatkan jemaah turut hiba.

Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara AS pada awal pagi Jumaat berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Trump memilih untuk menarik diri daripada pakatan nuklear dengan Teheran pada 2018.


TEHERAN: Ribuan penduduk Iran menitiskan air mata hari ini saat mengusung keranda pemimpin kanan tentera, Komander Qassem Soleimani yang terbunuh dalam serangan udara Amerika Syarikat (AS) di Baghdad.

Orang ramai yang hadir turut serta menunaikan solat jenazah yang diadakan di Teheran.




Pemimpin agung negara itu, Ayatollah Ali Khamenei dilihat mengimamkan solat jenazah tersebut.

Siaran langsung solat jenazah itu yang tular di laman sosial menunjukkan Ali Khamenei menitiskan air mata tatkala membaca surah membuatkan jemaah turut hiba.

Terdahulu, jenazah Soleimani tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Ahvaz awal pagi tadi.

Stesen televisyen Iran mengadakan siaran langsung memaparkan ribuan orang berpakaian hitam berhimpun di bandar barat daya Iran itu untuk memberi penghormatan terakhir buat Komander Qassem Soleimani.

Soleimani, ketua tentera elit Quds, Kor Pengawal Revolusi Iran, terbunuh dalam serangan udara AS pada awal pagi Jumaat berhampiran lapangan terbang antarabangsa Baghdad.

Pembunuhan Soleimani menyebabkan ketegangan memuncak secara mendadak antara AS dan Iran, yang sering berlaku sejak Trump memilih untuk menarik diri daripada pakatan nuklear dengan Teheran pada 2018.

Sumber:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...