
Raggie Jessy Rithaudeen
Malaysiakini menulis (Komen saya di bawah):
Ketika anggota kabinet Ketua Menteri Hajiji Noor sudah selesai mengangkat sumpah, Perikatan Nasional (PN) nampaknya masih dalam perbincangan bagi menentukan kedudukan Adun mereka, yang merupakan wakil sulung PAS di Sabah.
Adun Karambunai Aliakbar Gulasan mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
“Masih dalam perbincangan PN, belum ada apa-apa keputusan untuk perbincangan dengan ketua menteri (Hajiji Noor),” katanya ringkas.
Pesuruhjaya PAS Sabah itu berkata demikian ketika ditanya sama ada dia akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan Hajiji yang dilantik semula sebagai ketua menteri Sabah selepas PRN-17.
Aliakbar sebelum ini merupakan Adun lantikan oleh kerajaan negeri selepas PRN 2020.

Inilah masalahnya dengan PAS. Terhegeh-hegeh, lembap dan angkuh.
Adun tunggal mereka menang bukan sebab kekuatan PAS. Suka tak suka, PAS ditolak secara “total” di Sabah – parti itu mencatat undi popular terendah di kalangan semua blok bertanding, penyusutan kerusi terbanyak (90.91%) dan kehilangan deposit terbesar (88%).
Adun tunggal mereka menang sebab dia dilantik oleh Hajiji (sebelum PRN 2025) untuk menyertai kerajaan Sabah, dan dia telah memberi sokongan padu kepada Hajiji.
Maka, dia dilihat sebagai “orang Hajiji,” dan disebabkan itu, pengundi yang terang-terang mahu parti tempatan menyokong beliau.
Jika dia tiba-tiba tidak menyokong Hajiji, kebencian terhadap PAS akan bertambah, dan ianya boleh ditafsir juga sebagai “pengkhianatan terhadap mandat rakyat.”
Lembap dan angkuh lah depa ni… Maaf nak kata…
