ALLAH SWT TIDAK AKAN IZINKAN PEMIMPIN HOMOSEKSUAL, PELIWAT UNTUK DILANTIK SEBAGAI KHALIFAH UTAMA

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Allah swt adalah Maha Penguasa dan Maha Mengetahui yang tidak akan mengizinkan mana-mana pemimpin yang mengamalkan ‘homoseksual’ untuk dilantik sebagai ‘khalifah utama’ bagi memimpin ummah.

Mana-mana pemimpin yang mengamalkan ‘homoseksual’ adalah ‘manusia berpenyakit’ yang tidak harus ‘syok sendiri’ hendak jadi pemimpin utama kerana cita-cita politik mereka itu tidak akan direstui oleh Yang Maha Esa.

Kalangan pemimpin seperti ini jangan buang masa serta jangan ‘bermimpi di siang hari’ untuk jadi tokoh pemimpin.




Mana mungkin seseorang yang ‘Nabi’ tidak mengaku umat boleh dilantik sebagai pemimpin utama bagi memimpin keseluruhan ummah.

Ianya satu perkara yang ‘haram’ bagi kita menyokong mana-mana pemimpin ‘berpenyakit’ ini khususnya kearah memertabatkan mereka sebagai ketua utama.

Dalam apa jua situasi, sebagai orang Islam kita wajib tolak pemimpin-pemimpin ‘songsang’ seperti ini.

Ini soal aqidah agama dan bukan isu politik!! Jangan kita bersikap ‘loyar buruk’ hendak mempersendakan hukum agama.

Keseluruhan ahli-ahli politik mukmin jangan lagi bersikap ‘kufur’ serta haramkan segala bentuk sokongan kepada mana-mana pemimpin yang mengamalkan budaya ‘homoseksual’.

Jangan sama sekali kita bersubahat dengan mana-mana pemimpin ‘homoseksual’ yang akhirnya berkemungkinan Allah swt akan turunkan ‘bala’ yang bakal meranapkan keseluruhan kaum tersebut.

Jangan sama sekali izinkan peristiwa di zaman Nabi Lut berulang kembali dan musibah ini menimpa pada bangsa serta negara kita.

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...