Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd

Abdul Khalid Ibrahim

اللهاو اكبر، اللهاو اكبر، اللهاو اكبر، والي الله هيل همد

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillah hil Hamd

Saya, Salbiah serta keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin kepada rakan-rakan sekalian.




Hari Raya Aidilfitri adalah hari kemenangan dan kegembiraan kepada umat Islam yang telah menjalani ibadah puasa pada bulan Ramadan. Saya berdoa agar segala ibadah yang kita lakukan di sepanjang bulan ini akan diterima oleh Allah SWT.

Saya merasakan tema yang sesuai untuk hari lebaran tahun ini adalah “Kesabaran” ketika seluruh negara sedang memerangi wabak Covid-19 secara sistematik sejak 18 Mac yang lalu. Saya pasti ramai ibubapa yang sedih kerana anak-anak serta cucu tidak dapat pulang beraya. Ramai juga anak-anak yang kecewa tidak dapat bersama keluarga dikampung.
Saya sendiri sangat terasa kesannya hinggakan terpaksa menggunakan foto lama untuk ucapan ini kerana anak-anak tidak dapat berkumpul untuk bergambar bersama.

Walaupun perit tidak dapat beraya bersama keluarga, kita perlu bersabar serta memberi sokongan kepada pihak berkuasa. Kerjasama ini amat penting untuk menangani wabak ini dengan segera bukan sahaja untuk menyelamatkan nyawa tetapi juga untuk mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara. 

Namun, saya amat percaya walaupun kita tidak dapat mengamalkan adat kunjung mengunjung pada tahun ini, ini tidak bermakna kita tidak boleh mengeratkan jalinan persaudaraan dan silaturrahim. Kita masih boleh berurus ucapan kerana teknologi media hari ini sangat canggih. 

Akhir sekali saya berdoa semoga Allah SWT melindungi dan memberi rahmat kepada kita semua. Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...