AMANAH bunyikan semboyan ‘siap sedia’ hadapi Pilihan Raya mengejut

Mohamad berkata demikian susulan mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang berlangsung pagi tadi. Sumber (gambar): Fail TTF

أمانه بوڽيكن سمبوين ءسياڤ سدياء هادڤي ڤيليهن راي مڠجوت

Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu hari ini menggesa parti komponen Pakatan Harapan (PH) mempersiapkan jentera pilihan raya masing-masing dengan segera atas kemungkinan berlaku pilihan raya umum mengejut.

Dalam satu mesyuarat tergempar pucuk pimpinan PH Plus pada 9hb Jun 2020, semua yang hadir dikatakan bersetuju namakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri walaupun keputusan dibuat untuk memuktamadkan persetujuan itu pada minggu seterusnya.

Walaubagaimanapun, pada hari pengumuman tersebut patut dibuat, PKR membuar pusingan U dengan mendakwa parti berkenaan hanya mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

TTF semalam mendedahkan (lihat video bawah) bahawa tangan Anwar sebenarnya terikat atas sebab-sebab tertentu menyebabkan beliau tidak berani menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.


PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu hari ini menggesa parti komponen Pakatan Harapan (PH) mempersiapkan jentera pilihan raya masing-masing dengan segera atas kemungkinan berlaku pilihan raya umum mengejut.

Menurut laporan berita (FMT), Mohamad berkata Amanah tetap dengan komitmennya mempertahankan kesatuan PH sebagai satu-satunya wadah yang memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan melaksanakan perubahan dalam negara.




“Amanah menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab PH bersama gabungan Dr Mahathir Mohamad dan pasukannya serta Warisan untuk terus berusaha mengambil balik mandat dan hak rakyat yang telah diberikan kepada PH dalam pilihan raya umum yang lalu.

“Ini adalah untuk meneruskan usaha mentadbir negara yang menjunjung keutuhan integriti, menjamin dan membentuk ekonomi yang mapan, menegakkan kerajaan berintegriti dan melawan rasuah serta mewujudkan keharmonian antara kaum dan agama,” Mohamad dilaporakan sebagai berkata.

Mohamad berkata demikian susulan mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional Amanah yang berlangsung pagi tadi.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan pembentukkan PH Plus, iaitu sebuah gabungan kesefahaman melibatkan parti-parti komponen Pakatan Harapan dan blok pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Blok yang dimaksudkan merangkumi kem Mahathir dari PPBM (termasuk ahli-ahli parlimen yang kini bersama kerajaan), WARISAN dan sekumpulan ahli parlimen dari Sarawak dan Team B UMNO.

Blok Mahathir dikatakan mempunyai sokongan ahli parlimen dalam bilangan yang agak besar yang amat diperlukan oleh kem Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperolehi majoriti selesa dalam parlimen.

Dalam satu mesyuarat tergempar pucuk pimpinan PH Plus pada 9hb Jun 2020, semua yang hadir dikatakan bersetuju namakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri walaupun keputusan dibuat untuk memuktamadkan persetujuan itu pada minggu seterusnya.

Loading...

Walaubagaimanapun, pada hari pengumuman tersebut patut dibuat, PKR membuar pusingan U dengan mendakwa parti berkenaan hanya mengiktiraf Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Perkara itu tidak disenangi oleh kedua-dua DAP dan AMANAH, yang semalam mengeluarkan kenyataan bersama menggesa PKR menurut konsensus Pakatan Harapan berhubung pencalonan Mahathir.

Anwar, yang sebelum ini berulang kali memberikan Mahathir kepercayaan penuh untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa, tiba-tiba menuduh Mahathir memungkiri janji untuk menyerahkan jawatan itu kepada presiden PKR itu semasa pentadbiran 21 bulan PH sebelum ini.

TTF semalam mendedahkan (lihat video bawah) bahawa tangan Anwar sebenarnya terikat atas sebab-sebab tertentu menyebabkan beliau tidak berani menamakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan.

Bersambung selepas video

https://www.facebook.com/2128468974136128/videos/1225090947839784/

Dalam pada itu, Mohamad dilaporkan berkata, Amanah amat mengambil berat kegelisahan dan kerisauan rakyat terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang didakwa ditubuhkan tanpa mandat rakyat dan membelakangkan amalan urus tadbir baik.

Menurut FMT, Mohamad menambah, PN mengabaikan fungsi dan peranan Parlimen sebagai institusi semak dan imbang Negara, terutamanya dalam urusan perbelanjaan dana awam.

“Lebih membimbangkan, pembebasan beberapa individu yang terkait dengan tuduhan rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang berskala besar baru-baru ini yang menimbulkan tanggapan campur tangan politik dalam institusi kehakiman.

“Ini juga menimbulkan tanggapan akan berlaku pembebasan individu-individu lain yang sedang didakwa dan juga penularan amalan-amalan rasuah,” katanya.

Mohamad berkata, ini termasuk amalan memperalatkan kedudukan dan jawatan sebagai habuan untuk meraih sokongan ahli Parlimen akan menyebabkan kepentingan institusi negara terjejas.

“Salah guna institusi penguatkuasaan dan perundangan untuk mendakwa dan memberikan tekanan terhadap pemimpin pembangkang juga dilihat menjadi amalan baru kerajaan,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...