
مانه ڤرسوال تيندقن سوروهنجاي ڤينچيڬاهن رسواه ڬلده تنڤا وارن، تاهن ستياءوسها ڤوليتيك محمد سابو
Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat tiada keperluan menahan reman Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, berkata parti itu yakin pegawai berkenaan akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan.
Dr Mohd Hatta juga mengesahkan ibu pejabat AMANAH turut digeledah SPRM awal pagi tadi susulan penahanan pegawai terbabit.
Bagaimanapun katanya, tindakan itu dilakukan tanpa dikemukakan terlebih dulu dokumen waran geledah kepada pegawai keselamatan yang bertugas di ibu pejabat berkenaan.
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) berpendapat tiada keperluan menahan reman Setiausaha Politik bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu.
Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Dr Mohd Hatta Md Ramli, berkata parti itu yakin pegawai berkenaan akan memberikan kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam siasatan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan.
“Oleh itu tiada keperluan SPRM memohon penahanan reman. Hanya sekiranya beliau tidak hadir bila dipanggil dan tidak memberi kerjasama dengan SPRM mungkin ada alasan untuk dia direman,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pegawai bekas menteri itu ditahan SPRM jam 8 malam tadi bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan projek secara rundingan terus di Kementerian Pertahanan bernilai lebih RM56 juta.
Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman selama enam hari bermula hari ini hingga 13 Julai selepas mendengar permohonan dikemukakan SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Dr Mohd Hatta juga mengesahkan ibu pejabat AMANAH turut digeledah SPRM awal pagi tadi susulan penahanan pegawai terbabit.
Bagaimanapun katanya, tindakan itu dilakukan tanpa dikemukakan terlebih dulu dokumen waran geledah kepada pegawai keselamatan yang bertugas di ibu pejabat berkenaan.
AMANAH katanya berharap SPRM bersikap profesional menjalankan tugas siasatan dengan mengikut lunas perundangan dan prosedur dengan teratur.
Sumber:
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
