
أمانه سهكن سچارا راسمي سوكوڠ محضير چالون ڤردان منتري
Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Pakatan Harapan akan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan WARISAN untuk mengembalikan semula mandat rakyat dan menerajui semula kerajaan persekutuan.
Menurut laporan berita (Malaysiakini), Mohamad berkata AMANAH akan terus bersama dengan Pakatan Harapan, sekaligus menimbulkan tanda tanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba setuju dengan penamaan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.
Semalam, PKR secara rasmi menolak pencalonan Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri gabungan PH Plus, sebuah gabungan kesefahaman melibatkan parti-parti komponen Pakatan Harapan dan blok pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kenyataan PKR tidak disenangi oleh kedua-dua DAP dan AMANAH, yang semalam mengeluarkan kenyataan bersama menggesa PKR menurut konsensus Pakatan Harapan berhubung pencalonan Mahathir.

PETALING JAYA: Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu hari ini mengumumkan Pakatan Harapan akan bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan WARISAN untuk mengembalikan semula mandat rakyat dan menerajui semula kerajaan persekutuan.
Menurut laporan berita (Malaysiakini), Mohamad berkata AMANAH akan terus bersama dengan Pakatan Harapan, sekaligus menimbulkan tanda tanya jika Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba setuju dengan penamaan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.
“Mesyuarat jawatankuasa pimpinan Amanah pagi ini menegaskan iltizam dan komitmen Amanah untuk mempertahankan kesatuan PH sebagai satu-satunya wadah dalam memperjuangkan kesejahteraan rakyat dan melaksanakan perubahan dalam negara.
“Amanah menegaskan bahawa menjadi tanggungjawab PH bersama gabungan Tun Mahathir Mohamad dan pasukannya serta Warisan untuk terus berusaha mengambil balik mandat rakyat dan hak rakyat yang telah diberikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu,” beliau dilaporkan sebagai berkata.
Semalam, PKR secara rasmi menolak pencalonan Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri gabungan PH Plus, sebuah gabungan kesefahaman melibatkan parti-parti komponen Pakatan Harapan dan blok pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Blok yang dimaksudkan merangkumi kem Mahathir dari PPBM (termasuk ahli-ahli parlimen yang kini bersama kerajaan), WARISAN dan sekumpulan ahli parlimen dari Sarawak dan Team B UMNO.
Blok Mahathir dikatakan mempunyai sokongan ahli parlimen dalam bilangan yang agak besar yang amat diperlukan oleh PH Plus untuk memperolehi majoriti selesa dalam parlimen.
Sebelum ini, PKR menzahirkan kesediaan untuk berunding berhubung keputusan DAP dan Amanah sebelum ini yang memberitahu mereka menyokong gandingan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar sebagai timbalannya.
Malah, dalam satu mesyuarat tergempar pucuk pimpinan PH Plus pada 9hb Jun 2020, semua yang hadir dikatakan bersetuju namakan Mahathir sebagai calon Perdana Menteri walaupun keputusan dibuat untuk memuktamadkan persetujuan itu pada minggu seterusnya.
Kenyataan PKR tidak disenangi oleh kedua-dua DAP dan AMANAH, yang semalam mengeluarkan kenyataan bersama menggesa PKR menurut konsensus Pakatan Harapan berhubung pencalonan Mahathir.
Pimpinan DAP dan Amanah berkata jika Anwar dipilih sebagai calon Perdana Menteri, PH Plus hanya mampu mendapat sokongan maksimum 96 anggota parlimen.
Selain itu, Warisan turut menolak cadangan Anwar sebagai perdana menteri. TTF difahamkan ramai ahli parlimen dari Sarawak dan sebilangan tertentu dari PPBM (blok kerajaan) dan UMNO Team B turut bersetuju sokong Mahathir asalkan Anwar tidak dinamakan calon Perdana Menteri.
Khalid dan Loke juga mendedahkan usaha terakhir Anwar untuk mendapatkan sokongan Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak berjaya.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

