AMANAH Terenganu: PAS hipokrit, kerajaan Perikatan Nasional tambah kekerapan cabutan khas ramalan nombor ekor

Ratusan juta cukai dikutip kerajaan setiap tahun melalui aktiviti judi. Sumber (gambar): 90Agency.com

أمانه ترڠانو: ڤاس هيڤوكريت، كراجأن ڤن تمبه ككرڤن چابوتن خاص رامالن نومبور ايكور

Senator Liew Chin Tong dari DAP mendedahkan Kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

Ratusan juta cukai dikutip kerajaan setiap tahun melalui aktiviti ini dan majoriti yang terlibat adalah rakyat yang berpendapatan rendah yang ingin mencuba nasib namun ternyata telah memberi kesan negatif termasuk ketagihan berjudi dalam kalangan mereka.

Pada Jun 2019, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, yang kini merupakan Timbalan Menteri Agama, Ahmad Marzuk Shaary mengesa kerajaan Pakatan Harapan, mengharamkan segala jenis aktiviti perjudian yang ‘dihalalkan’ oleh kerajaan, khasnya Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai.

Namun, apabila PAS berkuasa, tidak sampai setahun pun jumlah cabutan ramalan khas dikembalikan kepada 22 kali, hipokrasi apa ini?


Senator Liew Chin Tong dari DAP mendedahkan Kerajaan Perikatan Nasional telah meningkat kekerapan cabutan khas ramalan nombor 4-digit daripada 8 kali pada tahun 2020 kepada 22 kali pada tahun 2021.

Cabutan khas ramalan nombor 4 digit adalah keizinan kerajaan kepada syarikat judi mengadakan cabutan khas iaitu sebanyak 22 hari cabutan khas semenjak tahun 1999.




Ratusan juta cukai dikutip kerajaan setiap tahun melalui aktiviti ini dan majoriti yang terlibat adalah rakyat yang berpendapatan rendah yang ingin mencuba nasib namun ternyata telah memberi kesan negatif termasuk ketagihan berjudi dalam kalangan mereka.

Apabila kerajaan Pakatan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018, Kerajaan Pakatan Harapan telah bertindak mengurangkan kekerapan cabutan khas dari 22 kali setahun kepada 11 kali sahaja pada 2019, dan dikurangkan lagi kemudiannya kepada 8 kali.

Pada Jun 2019, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, yang kini merupakan Timbalan Menteri Agama, Ahmad Marzuk Shaary mengesa kerajaan Pakatan Harapan, mengharamkan segala jenis aktiviti perjudian yang ‘dihalalkan’ oleh kerajaan, khasnya Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai.

Namun, apabila PAS berkuasa, tidak sampai setahun pun jumlah cabutan ramalan khas dikembalikan kepada 22 kali, hipokrasi apa ini?

Adakah setelah berkuasa, Ahmad Marzuk sudah menjadi bisu terhadap perkara ini? Sebagai timbalan menteri agama, Marzuk tidak seharusnya menjadi bacul dalam mengotakan apa yang disebut sendiri hanya setahun yang lalu!

Adakah Marzuk sanggup bersekongkol untuk membenarkan tindakan kerajaan yang dianggotainya?

Zamir Ghazali

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...