Amaran pada Dong Zong, Jiao Zong, DAP: Hati-hatilah, ini Tanah Melayu, tanah tumpahnya darah ku…

“Saya memberi amaran keras kepada ketiga-tiga puak tersebut supaya lebih berhati-hati mengeluarkan ataupun memetik kenyataan. Saya tidak akan teragak-agak mengerahkan tenaga dengan segala kemampuan yang ada pada diri saya untuk membuat penentangan besar-besaran sekiranya mereka masih berdegil dan terus bersikap rasis”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya menasihatkan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) yang baru-baru ini menolak pengenalan tulisan khat dan jawi dalam buku teks sekolah supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan demi memlihara suasana aman dan harmoni di negara ini.

Ini memandangkan penentangan terbuka mereka bersama beberapa pemimpin DAP bukan hanya tidak beradab, ianya tidak masuk akal, bersifat rasis dan dilihat memiliki unsur-unsur Islamophobia.


Mereka harus sedar bahawa penggunaan abjad Rumiyah (Rumi, atau Latin) dalam penulisan Melayu moden bukannya asli tetapi dibawa oleh orang-orang Portugis apabila menakluki Melaka.

Pada ketika itu, masyarakat di rantau ini mahir dalam seni tulisan khat dan jawi yang diperkenalkan kepada mereka di sekitar kurun ke-12 oleh pedagang-pedagang Arab dan India-Muslim yang turut membawa pengaruh agama Islam bersama mereka.

Apabila dijajah kuasa-kuasa Barat, penduduk di Tanah Melayu mula menulis dan mengeja perkataan-perkataan Melayu secara tidak formal menggunakan abjad Rumi sehingga abjad tersebut beransur-ansur digunakan dalam sistem ejaan rasmi.

Ini sebenarnya didorong oleh puak penjajah Portugis dan British yang lebih suka masyarakat Melayu membuat pengubahsuaian menurut acuan mereka daripada perlu mereka belajar seni tulisan khat dan jawi.

Hakikatnya, mana-mana bahasa di dunia, termasuk Bahasa Cina, boleh dipelajari menggunakan sistem ejaan Rumi sekiranya pakar-pakar linguistik menetapkan ejaan-ejaan yang bersesuaian dengan fonetik bahasa yang ditutur.

Perkara ini sememangnya pernah dilakukan di India beberapa kurun dahulu, di mana orang-orang British mula mengeja perkataan-perkataan Urdu, Punjabi dan Hindi yang asalnya dieja menggunakan abjad Devanagari dan Pseudo-Arabic dengan abjad Rumi.

Ini menjurus kepada lahirnya satu sistem ejaan baru biarpun pihak pentadbiran sekolah di India pada ketika itu terus menekankan perlunya sistem penulisan Devanagari dan Pseudo-Arabic di peringkat sekolah dan masih lagi berbuat demikian hingga ke hari ini.

Apapun, Kerajaan Malaysia tidak pernah memaksa masyarakat Cina atau India beralih kepada sistem abjad Rumi apabila mempelajari bahasa ibunda masing-masing.

Justeru, saya tidak nampak mengapa puak Dong Zong, Jiao Zong dan DAP beriya-iya ingin menyekat masyarakat Malaysia daripada mempelajari seni tulisan khat dan jawi yang sememangnya bersangkut-paut dengan sejarah Melayu-Islam dan seni Melayu asli.

Saya memberi amaran keras kepada ketiga-tiga puak tersebut supaya lebih berhati-hati mengeluarkan ataupun memetik kenyataan. Saya tidak akan teragak-agak mengerahkan tenaga dengan segala kemampuan yang ada pada diri saya untuk membuat penentangan besar-besaran sekiranya mereka masih berdegil dan terus bersikap rasis.

This is Tanah Melayu, not your grandfather’s land…

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...