
“Jika benar golongan minoriti (tolak vaksin) adalah ancaman kepada golongan majoriti (terima vaksin) dan jika ada bukti untuk menyokong pendapat ini, mengapakah kerajaan tidak melaksanakan sahaja undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin di seluruh negara? Kenapa kerajaan memberikan hak kepada rakyat untuk memilih, kemudian bertindak zalim mengugut untuk menyusahkan hidup rakyat dengan menafikan hak yang sama? Adakah ini satu permainan??
Raggie Jessy Rithaudeen
منجيجيقكن – كراجأن بري حق ڤيليه ۏكسين ك تيدق، كمودين اوڬوت سوسهكن هيدوڤ يڠ تق ماهو ۏكسين
“Dulu kata tiada paksaan.. skrg nak menyusahkn plk..berbelit-belit cakap.”
“Layakah org mcm ni jadi menteri?”
“Jangan kejam yb menteri… Dulu kerajaan kamu juga yg beri pilihan pada rakyat utk di vaksinkan atau tidak mahu di vaksin.”
“KJ sekarang kamu mengugut rakyat Malaysia. Satu hari nanti kamu akan di adili Tuhan Yang Maha Kuasa atas kata kata kamu”
Ini adalah antara reaksi netizen yang dikutip dari Facebook milik media yang melaporkan kenyataan Khairy Jamaluddin berhubung rakyat Malaysia yang enggan divaksin.
Semalam, media memetik Khairy sebagai berkata, kerajaan akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan anti-vaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.
“Mungkin berbunyi sedikit kasar tetapi pendekatan kita juga adalah untuk ‘menyusahkan’ hidup mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin,” dakwa Khairy.
(RUJUK SINI, SINI DAN SINI)
Namun, pada 28hb February 2021, Khairy mengesahkan bahawa kerajaan tidak bercadang untuk menafikan hak mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin Covid-19.
RJUK DI SINI
“Setakat ini tak ada perancangan untuk sekat atau nafikan hak mereka yang tidak ambil vaksin, seperti tak boleh keluar melancong atau bekerja. Tetapi jika keadaan memaksa, maka kita perlu cari penyelesaian yang lebih komprehensif.
Ini disusuli dengan satu lagi kenyataan pada 28hb Julai 2021, di mana Khairy mengesahkan bahawa kerajaan belum ada rancangan untuk memaksa orang ramai mengambil vaksin.
RUJUK DI SINI
Khairy mengulangi pendirian ini semalam, apabila berkata, kerajaan mungkin tidak melaksanakan satu undang-undang Persekutuan yang mewajibkan vaksinasi di peringkat negara.
Semua ini adalah jaminan daripada Khairy sendiri bahawa rakyat Malaysia berhak untuk memilih samada ingin mengambil vaksin atau tidak selagi tidak ada undang-undang yang mewajibkannya.
Namun, Khairy secara tiba-tiba mengugut untuk menyusahkan hidup mereka yang tidak mahu mengambil vaksin dan mencadangkan ujian calit Covid-19 secara mingguan bagi mereka yang menolak atau melengahkan penerimaan vaksin.
Bukankah ini satu bentuk ‘paksaan’ terhadap mereka yang tidak mahu menerima vaksin biarpun kerajaan sendiri mengiktiraf hak rakyat untuk memilih samada mahu mengambil vaksin atau tidak?
Apakah pendekatan “menghukum rakyat” dasar terkini pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri untuk memaksa rakyat melakukan sesuatu yang kerajaan sendiri tidak wajibkan menerusi lunas perundangan?
Ugutan Khairy bukan hanya mencerminkan sifat “totalitarian” pentadbiran Ismail Sabri, iannya bercanggah dengan amalan demokrasi lazim yang mewajibkan kerajaan memelihara hak golongan majoriti dan minoriti.
Dalam soal program imunisasi Covid-19, golongan majoriti merupakan mereka yang memilih untuk menerima vaksin, manakala golongan minoriti merupakan mereka yang memilih untuk tidak menerima vaksin.
Jika benar golongan minoriti adalah ancaman kepada golongan majoriti dan jika ada bukti untuk menyokong pendapat ini, mengapakah kerajaan tidak melaksanakan sahaja undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin di seluruh negara?
Kenapa kerajaan memberikan hak kepada rakyat untuk memilih, kemudian bertindak zalim mengugut untuk menyusahkan hidup rakyat dengan menafikan hak yang sama?
Ini bukannya soal sokong tak sokong vaksin, malah saya sendiri sudah divaksin.
Ini soal tanggungjawab kerajaan terhadap golongan majoriti dan minoriti serta pendekatan yang diambil oleh kerajaan untuk menangani Covid-19, termasuk menjamin segala hak rakyat yang diiktiraf oleh kerajaan sendiri.
Apakah kerajaan khuatir rang undang-undang yang mewajibkan seluruh rakyat Malaysia menerima vaksin tidak akan mendapat sokongan ahli-ahli parlimen dalam bilangan yang mencukupi jika dibentangkan di Dewan Rakyat?
WAJIB BACA:
Pelik bila Zahid enggan turun ke Melaka berunding dengan semua ADUN UMNO
