Amat memalukan – Dapat peluang menghadap Agong, Anwar terus berangan jadi Perdana Menteri

“PKR nampak bersungguh-sungguh menggunakan peluang ini untuk melobi jawatan Perdana Menteri buat Anwar daripada berbincang masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik yang dibawa oleh pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin”

Raggie Jessy Rithaudeen

امت ممالوكن – داڤت ڤلواڠ مڠهادڤ اڬوڠ، انور تروس براڠن جادي ڤردان منتري

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Mentang-mentang diberi peluang menghadap Yang Di-Pertuan Agong, PKR sudah menunjukkan tahap kemaruk kuasanya apabila membahaskan secara terbuka kemungkinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik Perdana Menteri ke-9.

Dalam satu kenyataan, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, cadangan itu antara yang akan dikemukakan partinya selain desakan supaya diadakan segera Pilihan Raya Umum (PRU).




Di tengah-tengah kegilaan wabak Covid-19?

Menyifatkan pertemuan antara Anwar dan Yang Di-Pertuan Agong sebagai peluang untuk Anwar menjadi PM baharu, Abdullah menyuarakan harapannya agar cadangan PKR dapat diterima dan disuarakan sendiri oleh Anwar ketika menghadap nanti.

Kenyataan Abdullah dipercayai merujuk kepada beberapa laporan media, termasuk laporan TTF, bahawa Yang Di-Pertuan Agong akan bertemu ketua-ketua parti politik secara berperingkat selama tiga hari bermula hari ini.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dari Istana Negara berhubung pertemuan ini atau tujuan ianya diadakan, namun PEJUANG sudah mengesahkan bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menghadap Seri Paduka Baginda Tuanku Khamis ini.

PKR nampak bersungguh-sungguh menggunakan peluang ini untuk melobi jawatan Perdana Menteri buat Anwar daripada berbincang masalah sosio-ekonomi dan sosio-politik yang dibawa oleh pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ini merupakan bukti jelas kemaruk kuasa PKR dan Anwar, yang berjuang semata-mata untuk memegang tampuk kepimpinan negara, bukannya untuk mencari jalan penyelesaian terbaik ke arah menyelamatkan negara daripada kebinasaan yang dibawa oleh Muhyiddin.

Jika ini keadaannya, apakah beza antara Anwar dan Muhyiddin?

Loading...

Bukan hanya perjuangan Muhyiddin berkisar di sekitar kuasa dan kedudukan, beliau begitu kemaruk kuasa hingga sanggup melakukan apa sahaja untuk terus berkuasa tidak kira samada rakyat sengsara atau negara binasa.

Sama seperti Muhyiddin, Anwar tidak memiliki sokongan majoriti, malah sokongan terhadap beliau jauh lebih buruk daripada sokongan ahli-ahli parlimen terhadap Muhyiddin.

Ini bermakna, jika Anwar dilantik menjadi Perdana Menteri, beliau akan terpaksa mengikuti jejak langkah Muhyiddin dan menyogok kuasa dan kedudukan kepada ahli-ahli parlimen untuk kekal berkuasa.

Apakah ini yang kita mahukan?

Bukankah ini akan membawa kita balik ke titik permulaan (square one), dan bukankah ini akan menghancurkan terus negara yang kini sudahpun berada di ambang kebinasaan?

WAJIB BACA: 

LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...