Ambil iktibar dari program Nothing to Hide 2.0

“Untuk hari ke depan, kita ambillah iktibar dari kejadian ini Pertama, pastikan aspek keselamatan diberi perhatian apabila menganjurkan program. Kedua, anjurlah program dengan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang. Ketiga, patuhi nasihat pasukan keselamatan. Keempat, ingatlah politik gangsterisme bukan budaya politik kita”

Salleh Said Keruak




1. Kelmarin Program Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada PPBM di Shah Alam kecoh.  Ada kejadian baling kerusi, baling selipar dan suar.

2. Memberi reaksinya, MB Selangor mendakwa PM Najib Razak mendalangi kejadian ini.  Katanya: “Setelah takut berhujah, Najib menggunakan gangsterime untuk menutup mulut Tun Dr Mahathir dan ia adalah tindakan pengecut.”  Saya pun tidak mahu dari mana MB Selangor mendapat maklumat sebegini cepat untuk menuduh PM dalang kejadian ini.

3. Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq pula mendakwa: “Ada unsur … untuk sabotaj program ini dan mencederakan Tun Mahathir Mohamad.”  Saya pun tidak tahu dari mana Syed mendapat maklumat ini untuk berkata sedemikian.

4. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pula berkata: “Apa yang terjadi pada #Nothing2Hide mesti dikutuk dan tidak boleh dipertahankan. Harap pihak polis akan menangkap mereka yang bertanggungjawab.”

5. Reaksi Ketua Pemuda UMNO tepat. Kenyataannya melampaui sempadan politik.  Respons sebeginilah yang saya harapkan juga dari pemimpin parti lain, tetapi sayang sekali mereka berpolitik sepajang masa, walaupun di saat kita dihadapkan dengan ujian ini.

6. Apapun reaksi tentang kejadian ini, seharusnya hal sebegini tidak berlaku lagi kerana ia tidak sihat untuk politik negara. Jika pun ketagih pilihan raya, tunggulah waktunya. Paling lewat pun tidak sampai setahun lagi.

7. Untuk hari ke depan, kita ambillah iktibar dari kejadian ini  Pertama, pastikan aspek keselamatan diberi perhatian apabila menganjurkan program. Kedua, anjurlah program dengan mengikut syarat yang ditetapkan undang-undang.  Ketiga, patuhi nasihat pasukan keselamatan.  Keempat, ingatlah politik gangsterisme bukan budaya politik kita.

Loading...

Sumber: sskeruak.blogspot.my



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...