
Khairuddin Abu Hassan
امڤون توانكو، رعيت سداڠ منوڠڬو تاريخ كرامات اونتوق مڠادڤ قديمم توانكو دمي بڠسا، نڬارا
Ampun Tuanku beribu ampun; sembah patik harap diampun.
Dengan perasaan penuh tawadduk serta rendah diri; patek sekalian yang hina-dina mewakili keseluruhan rakyat KDYMM Tuanku menjunjung kasih di atas perkenan KDYMM Tuanku yang telah bersetuju menetapkan satu tarikh mengadap bagi perjumpaan dengan Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat.
Rakyat jelata meletakkan harapan yang tinggi agar majlis mengadap ini menjadi satu realiti kearah Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat dapat mempersembahkan hasrat rakyat untuk sama-sama kita memikul tangungjawab secara fardhu kifayah serta teramanah mungkin bagi menjayakan agenda membina semula Malaysia Baharu.
Kerajaan PN masakini sedang merosakkan serta meruntuhkan sistem politik, ekonomi dan pandemik covid19 menjadi semakin buruk disebabkan oleh ketidak-mampuan pemimpin-pemimpin masakini mentadbir negara walaupun jumlah kabinet jauh terlalu besar dari negara-negara kuasa dunia.
Dalam masa tempoh proklamasi darurat dilaksanakan dan parlimen digantung melalui ordinan darurat; pelbagai urus tadbir negara berada dalam keadaan dilema.
Kedudukan politik, ekonomi dan pandemik Covid-19 semakin meruncing. Keadaan negara kini sedang berada di ambang kejatuhan.
Proses semak-imbang melalui parlimen tidak ujud lagi di negara kita yang tercinta ini.
Bukan saja rakyat Malaysia tetapi negara-negara luar yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen turut menghantar pelbagai memorandum kepada kerajaan Malaysia serta KDYMM Tuanku untuk menasihati agar parlimen dibenarkan bersidang semula sebagai lambang keunggulan demokrasi.
Situasi yang mengaibkan imej dan reputasi negara seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara.
Selepas kes skandal 1mdb di bawah pentadbiran kerajaan kleptokrasi yakni skandal kewangan terbesar di alaf ini; sekali lagi Majlis Raja-Raja Melayu harus membuktikan kepada keseluruhan rakyat bahawa institusi DiRaja mempunyai peranan penting untuk ditangani.
Institusi DiRaja harus memayungi kesejahteraan keseluruhan rakyat secara adil dan saksama. Ini adalah harapan utama rakyat Malaysia.
Hanya kepada institusi DiRaja sajalah tempat terakhir rakyat menaruh harapan.
Rakyat KDYMM Tuanku merafak sembah agar KDYMM Tuanku sudi memperkenankan tarikh mengadap oleh Jawatankuasa Merayu Tolak Darurat secara kadar segera mengikut masa-luang yang bersesuaian dengan KDYMM Tuanku.
Ampun Tuanku beribu ampun; sembah patik harap diampun.
RAJA DAN RAKYAT BERPISAH TIADA
RAJA ADIL RAJA DISEMBAH; RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
DAULAT TUANKU
WAJIB BACA:
Malaysia dilanda gelombang keparahan serius, kerajaan dah sesat

