Anak didik Zakir Naik: Waytha tidak diusik, lebih baik Kit Siang sahaja tinggalkan Malaysia

“Waytha Moorthy sebelum ini telah memburukkan nama Malaysia di luar negara termasuk menanam kebencian masyarakat India terhadap Islam. Tapi malangnya, orang seperti ini diangkat sebagai menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial)” – Muhammad Zamri. Sumber (gambar): Media Adil

Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyokong pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik meninggalkan negara ini perlu bertanya kepada diri sendiri siapa sebenarnya yang menjadi punca kepada suasana tidak harmoni di antara kaum di Malaysia selama ini.

“Yang mencetuskan masalah adalah mereka yang tidak suka dan benci terhadap Zakir. Jangan disebabkan benci, kita menyuruh dia (Zakir) meninggalkan negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah Muhammad Zamri, jika dibandingkan Zakir dengan Kit Siang atau Senator P. Waytha Moorthy, mereka dilihat lebih banyak menimbulkan masalah yang mengundang kepada perpecahan kaum di negara ini.

“Waytha Moorthy sebelum ini telah memburukkan nama Malaysia di luar negara termasuk menanam kebencian masyarakat India terhadap Islam. Tapi malangnya, orang seperti ini diangkat sebagai menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).


ARAU: Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menyokong pendakwah antarabangsa, Dr. Zakir Naik meninggalkan negara ini perlu bertanya kepada diri sendiri siapa sebenarnya yang menjadi punca kepada suasana tidak harmoni di antara kaum di Malaysia selama ini.

Justeru, anak didik Zakir, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu berpandangan adalah lebih baik Kit Siang sahaja yang meninggalkan negara ini da bukannya pendakwah terkenal itu.




Soal Muhammad Zamri yang juga Ketua Pegawai Eksekutif One Centre Malaysia negeri, sepanjang Zakir berada di negara ini, pernahkah beliau menimbulkan sebarang masalah atau melakukan tindakan yang melanggar undang-undang?

Malah katanya, selama ini, Zakir hanya berdakwah dan memberi kefahaman mengenai Islam, bukannya melakukan sesuatu yang boleh mencetuskan huru-hara atau perpecahan di negara ini.

“Yang mencetuskan masalah adalah mereka yang tidak suka dan benci terhadap Zakir. Jangan disebabkan benci, kita menyuruh dia (Zakir) meninggalkan negara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kit Siang melalui tulisan di blognya semalam menyokong saranan yang ditulis oleh peguam Anas Zubedy yang mahukan Zakir keluar dari negara ini secara sukarela.

Pemimpin DAP itu dilaporkan berkata, Zakir perlu meninggalkan Malaysia secara sukarela kerana kehadirannya di negara ini boleh mencetuskan ketidakstabilan selain mencetuskan ketidakharmonian dalam `keluarga’ besar Malaysia.

Tambah Muhammad Zamri, jika dibandingkan Zakir dengan Kit Siang atau Senator P. Waytha Moorthy, mereka dilihat lebih banyak menimbulkan masalah yang mengundang kepada perpecahan kaum di negara ini.

“Waytha Moorthy sebelum ini telah memburukkan nama Malaysia di luar negara termasuk menanam kebencian masyarakat India terhadap Islam. Tapi malangnya, orang seperti ini diangkat sebagai menteri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial).

Loading...

“Bagi saya, sesiapa pun tidak berhak halau mahupun minta sesiapa pun untuk keluar dari Malaysia jika mereka tinggal secara sah. Kalau boleh, saya pun hendak minta Kit Siang secara sukarela meninggalkan Malaysia,” katanya.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...