Anak Mohamad Sabu diarah bela diri

Anak ketiga Mohamad itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam. Sumber (gambar): Berita Harian Online

انق محمد سابو دأره بلا ديري

Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad, membela diri atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, awal tahun lalu.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC, di Hotel W, di sini, pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan.


KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret di sini, hari ini, memerintahkan anak Menteri Pertahanan, Ahmad Saiful Islam Mohamad, membela diri atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, awal tahun lalu.

Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Ahmad Saiful, 31.




“Mahkamah juga mendapati keterangan pendakwaan menunjukkan tiada pecahan dalam rangkaian bukti.

“Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 13 Februari ini untuk perbicaraan bela diri,” katanya.

Terdahulu, peguam Nasar Khan yang mewakili Ahmad Saiful memberitahu mahkamah, anak guamnya akan memberi keterangan bersumpah di kandang saksi.

Pada 13 Jun lalu, Ahmad Saiful Islam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas dakwaan menggunakan dadah THC, di Hotel W, di sini, pada jam 2.05 pagi, 5 Januari 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya.

Sepanjang prosiding perbicaraan yang bermula 15 Oktober 2019, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fatin Mohamad Farid memanggil seramai enam saksi bagi memberi keterangan.

Menurut laporan media, pada 6 Januari 2019, Ahmad Saiful dan seorang lagi rakannya ditahan selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan di tingkat 12 sebuah hotel di Jalan Ampang di Kuala Lumpur.

Loading...

Anak ketiga Mohamad Sabu itu ditahan dalam Ops Pusat Hiburan Bersepadu oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, pada 12.30 tengah malam.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...