‘Anak murid’ Anwar dah kena game, tak ada jalan keluar (Pendedahan Penuh)

Apabila ‘ugutan’ 14 hari Ahmad Zahid tidak diendahkan langsung oleh ahli-ahli parlimen UMNO, beliau rasa malu dan terpaksa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan air mukanya. Sumber (gambar): Fail TTF

“Maklumat yang dipersembahkan oleh Ahmad Zahid kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa Majlis Tertinggi UMNO pada 25 April 2021 memutuskan untuk menarik sokongan kepada kerajaan pada 1hb Ogos (bila tamat Darurat) atau lebih awal adalah palsu”

Raggie Jessy Rithaudeen

ءانق موريدء انور ده كنا ڬايم، تق اد جالن كلوار

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selama ini cuba menimbulkan persepsi palsu kononnya beliau mempunyai pengaruh besar ke atas ahli-ahli parlimen UMNO.

Walaubagaimanapun, persepsi tersebut hangus apabila 35 ahli parlimen UMNO bertemu Jumaat lalu dan memutuskan untuk mempertahankan resolusi yang dicapai pada Perhimpunan Agong UMNO 2020 (PAU 2020).




Menurut laporan, kesemua 35 Ahli Parlimen itu akan terus menyokong kerajaan sehingga Parlimen dibubarkan.

Perkara ini didedahkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin, yang turut mencabar Zahid untuk mengadakan pemilihan parti sekiranya terdesak mahukan sokongan ahli-ahli Parlimen UMNO.

Menurut Zahidi Zainul, Ahmad Zahid tidak sewajarnya memanipulasi sokongan ahli-ahli MKT UMNO bagi menukar ketetapan yang dibuat ketika PAU 2020.

Saya sebenarnya diberitahu bahawa bilangan sebenar ahli parlimen UMNO yang bersetuju untuk menyokong kerajaan hanya sehingga Parlimen dibubarkan adalah 31 atau 32, bukannya 35.

Apa pun, pendedahan ini membuktikan bahawa:

1. Dakwaan TTF selama ini benar, iaitu majoriti ahli-ahli parlimen dari UMNO tidak mempedulikan Ahmad Zahid atau sebarang arahan yang dikeluarkan olehnya dan bertekad membuat keputusan sendiri bila sampai masanya.

2. Maklumat yang dipersembahkan oleh Ahmad Zahid kepada Yang Di-Pertuan Agong bahawa Majlis Tertinggi UMNO pada 25 April 2021 memutuskan untuk menarik sokongan kepada kerajaan pada 1hb Ogos (bila tamat Darurat) atau lebih awal adalah palsu.

Hakikatnya;

3. PAU 2020 yang berlangsung dari 26 hingga 28hb Mac 2021 hanya menetapkan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan PPBM pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Loading...

4. Walaupun para perwakilan memutuskan sebulat suara bahawa PRU15 mesti diadakan dalam satu tempoh tertentu dari 1hb Ogos 2021 selepas darurat tamat atau satu tarikh sebelumnya jika darurat ditamatkan awal, tempoh dan tarikh tersebut tidak pernah ditetapkan.

5. Sebaliknya, para perwakilan melepaskan terus tugas untuk membuat penetapan itu kepada Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO yang kemudiannya bersidang pada 25hb April 2021.

6. Namun, persidangan yang diadakan pada 25hb April tidak membuat sebarang ketetapan berhubung tempoh atau tarikh Pilihan Raya perlu diadakan atau tarikh UMNO akan menarik sokongannya terhadap kerajaan, sekaligus bermakna belum ada sebarang keputusan atau ketetapan berhubung perkara ini.

7. Ini bermakna, ‘ugutan’ Ahmad Zahid kepada Muhyiddin bahawa parlimen mesti bersidang ‘dalam tempoh 14 hari’ tidak membawa apa-apa makna, kerana kedua-dua MKT dan PAU 2020 tidak pernah menetapkan bahawa UMNO akan tarik sokongan terhadap kerajaan pada 1hb Ogos atau sebelumnya.

Adakah Zahid benar-benar inginkan UMNO menarik sokongannya terhadap kerajaan pada 1hb Ogos?

8. Tidak.

9. Sebaliknya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ahmad Zahid sedang bersandiwara dan akan cuba menarik masa sepanjang mana yang mungkin sebelum memutuskan untuk menarik sokongan mereka kepada kerajaan.

10. Mereka berpura-pura memiliki pengaruh dalam UMNO kerana percaya Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang cemas dan memasuki perjanjian dengan mereka dalam keadaan terdesak.

11. Malangnya, Muhyiddin dapat bau helah mereka dan tidak gentar untuk memecat orang Najib sendiri, iaitu Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

12. Ini bermakna, Muhyiddin sedar bahawa Ahmad Zahid dan Najib tidak memiliki sebarang pengaruh dalam UMNO.

13. Disebabkan itu, apabila ‘ugutan’ 14 hari yang diberikan oleh Ahmad Zahid tidak diendahkan langsung oleh ahli-ahli parlimen UMNO, beliau berrasa malu dan terpaksa melakukan sesuatu untuk menyelamatkan air mukanya.

14. Atas dasar itulah Ahmad Zahid cuba mempengaruhi beberapa ahli MKT UMNO untuk menandatangani surat sokongan agar arahan tarik diri daripada kerajaan yang tidak pernah dibuat sebelum ini akan ‘diiktiraf’ sebagai keputusan MKT.

15. Andai kata Ahmad Zahid berjaya, beliau akan terus menekan Muhyiddin untuk mengadakan sidang parlimen secepat mungkin dan mengugut untuk menarik sokongan UMNO jika Muhyiddin melenggahkan masa.

16 Ini adalah untuk meyakinkan Muhyiddin bahawa Ahmad Zahid benar-benar berpengaruh dalam UMNO agar Muhyiddin menjadi cemas dan memulakan rundingan dengan Ahmad Zahid.

17 Ahmad Zahid turut ingin dilihat sebagai ‘hero’ kepada akar umbi UMNO kerana ‘berjuang’ mempertahankan maruah Raja-Raja Melayu dengan menekan Muhyiddin untuk menurut titah Yang Di-Pertuan Agong.

18. Malangnya, lebih 31 ahli parlimen UMNO kini menolak terus rancangan Ahmad Zahid dan memutuskan untuk berpaut kepada keputusan PAU 2020.

19. Ahli-ahli parlimen ini turut mencabar Ahmad Zahid untuk mengadakan pemilihan parti, sekaligus mempamirkan penentangan mereka terhadap beliau dan kecenderungan mereka untuk membuat keputusan sendiri bila tiba masanya.

20. Ini sejajar dengan dakwaan TTF bahawa “majoriti ahli-ahli parlimen UMNO dan lebih 90 peratus pemimpin bahagian dan cawangan serta akar umbi parti menolak terus cluster mahkamah dan kepimpinan Ahmad Zahid.”

WAJIB BACA: 

Akhirnya Muhyiddin tunduk pada titah Agong



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...