Anak Tun Mahathir isytihar harta pada SPRM

Tan Sri Mokhzani Mahathir. Sumber (gambar): Fail TTF

TONTON JUGA: 3R: Kenyataan ahli MKT UMNO terhadap PAS mengejutkan, bersempadankan penghinaan Islam

MALAYSIAKINI: Dua anak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad iaitu Mokhzani dan Mirzan telah mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang memaklumkan kedua-dua anak Dr Mahathir berbuat demikian mengikut tempoh masa diberikan suruhanjaya itu.

Pada 14 Ogos lalu, SPRM bersetuju untuk memberi lanjutan tempoh kepada Mirzan Mahathir dan abangnya Mokhzani sehingga pertengahan September ini untuk mengisytiharkan harta.


Dua anak kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad iaitu Mokhzani dan Mirzan telah mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki yang memaklumkan kedua-dua anak Dr Mahathir berbuat demikian mengikut tempoh masa diberikan suruhanjaya itu.




“Mereka telah buat pengisytiharan harta kepada kami (SPRM) mengikut masa yang ditetapkan.

“Pihak penyiasatan sedang buat engagement (libat urus) dan penyelarasan dengan peguam mereka,” katanya dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Pada 14 Ogos lalu, SPRM bersetuju untuk memberi lanjutan tempoh kepada Mirzan Mahathir dan abangnya Mokhzani sehingga pertengahan September ini untuk mengisytiharkan harta.

Sekiranya gagal mereka boleh berdepan dengan tindakan undang-undang.

Azam ketika itu berkata ia adalah lanjutan terakhir sebulan yang diberikan kepada mereka.

Pada Mei lalu, Mirzan dan Mokhzani, yang merupakan anak kepada bekas perdana menteri itu diberikan lanjutan masa, yang tempohnya tidak didedahkan.

Sementara itu, Azam berkata perkara yang penting adalah kedua-dua anak Mahathir itu telah mengisytiharkan aset mereka.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...