“Tonton video di hujung bawah untuk penjelasan penuh berhubung boikot yang berlaku”
Raggie Jessy Rithaudeen
اناليس اول ڤسچ ڤنچلونن: تيدق مستحيل ڤن-ڬتا-واريثن بنتوق كراجأن برسام ڬڤس
Jumlah perolehan kerusi PAS pada Pilihan Raya Umum ke-15 mungkin mencecah angka 30, malah tidak mustahil parti komponen Perikatan Nasional itu meraih 30-32 kerusi jika momentum kempen dipertingkatkan.
Sementara itu, tidak mustahil jumlah perolehan kerusi Perikatan Nasional, Gerakan Tanah Air (GTA) dan WARISAN mencecah angka 100, berdasarkan tinjauan-tinjauan dan pertimbangan-pertimbangan awal yang dilakukan.
Manakala itu, kedua-dua Pakatan Harapan dan Barisan Nasional dijangka tidak mampu melepasi angka 85 dari segi perolehan kerusi, dengan DAP mencatatkan perolehan terbesar berbanding PKR, UMNO, AMANAH, MIC dan MCA.
Angka-angka ini belum dimuktamadkan dan mungkin berubah dałam ramalan ketiga yang akan diumumkan pada 12 November ini.
Antara faktor yang merencatkan kempen Barisan Nasional dan Pakatan Harapan ialah boikot jentera pilihan raya (terutamanya UMNO) dan akar umbi (UMNO dan PKR) di banyak kawasan, di samping masalah pendanaan di kawasan parlimen Barisan Nasional.
Tonton video di bawah untuk penjelasan penuh berhubung boikot ini:
