Analisis: Anwar, UMNO, PKR sah hangus di Sabah (Bahagian Satu)

“Apa yang menarik, peningkatan prestasi WARISAN menjadikannya parti terbesar dari segi perolehan kerusi biarpun presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal, terang-terang menyokong kepimpinan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Tun Dr Mahathir Mohamad”

Raggie Jessy Rithaudeen

Pilihan Raya Negeri Sabah yang baru sahaja berakhir membuktikan lapan perkara:

1. UMNO makin ditolak oleh masyarakat Melayu-Islam dan Bumiputra-Muslim




2. MCA masih tidak diterima oleh komuniti Cina yang terus memberikan sokongan padu kepada DAP

3. Datuk Seri Anwar Ibrahim ditolak terus sebagai calon Perdana Menteri Malaysia

4. Tun Dr Mahathir Mohamad diterima lebih ramai pengundi Sabah berbanding di Pilihan Raya Umum ke-14.

5. Datuk Seri Shafie Apdal dan WARISAN lebih diyakini rakyat Sabah berbanding di Pilihan Raya Umum ke-14.

6. UMNO kini duduk di bawah tapak kaki Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

7. Kedua-dua Barisan Nasional dan Perikatan Nasional dijangka hanyut di Pilihan Raya Umum ke-15.

8. Rakyat Sabah ingin perubahan dan menolak politik semenanjung.

Loading...

Kesimpulan-kesimpulan ini bersandar kepada hujah-hujah berikut:

1. Prestasi UMNO di Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini merosot secara konsisten bermula dari Pilihan Raya Negeri ke-12 seperti berikut:

a. Pilihan Raya Negeri ke-12: Menang 32 kerusi

b. Pilihan Raya Negeri ke-13: Menang 31 kerusi

c. Pilihan Raya Negeri ke-14: Menang 17 kerusi

d. Pilihan Raya Negeri 2020  : Menang 14 kerusi

2. Manakala itu, MCA, sekutu UMNO dalam Barisan Nasional, hangus terus selepas Pilihan Raya Umum ke-12 seperti berikut:

a. Pilihan Raya Negeri ke-12: Menang 1 kerusi

b. Pilihan Raya Negeri ke-13: Menang 0 kerusi

c. Pilihan Raya Negeri ke-14: Menang 0 kerusi

d. Pilihan Raya Negeri 2020  : Menang 0 kerusi

3. Jika diteliti, tren pemilihan wakil Dewan Rakyat bermula dari Pilihan Raya Umum ke-12 selalunya bertepatan dengan tren pemilihan di peringkat negeri Sabah.

4. Ini bermakna, keputusan Pilihan Raya Negeri kali ini petanda jelas UMNO makin tidak diterima oleh masyarakat Melayu-Islam dan bakal hangus di Pilihan Raya Umum ke-15.

5. Ianya turut merupakan petanda jelas MCA tidak diterima langsung oleh komuniti Cina yang dijangka akan terus memberikan sokongan padu kepada DAP.

6. Apa yang menarik, Pilihan Raya Negeri kali ini menunjukkan peralihan ketara undi Bumiputra Muslim kepada DAP walaupun UMNO mendakwa parti kompenen Pakatan Harapan itu ditolak terus oleh masyarakat Melayu-Islam dan Bumiputra Muslim.

7. Manakala itu, PPBM dilihat mampu menghampiri prestasi UMNO biarpun parti itu merupakan bekas komponen Pakatan Harapan dan bertanding buat kali pertama di Sabah.

8. Di Pilihan Raya Negeri Sabah kali ini, PPBM memenangi 11 kerusi manakala UMNO memenangi 14 kerusi.

9. Walaubagaimanapun, disebabkan PPBM menerajui gabungan Perikatan Nasional yang memenangi 17 kerusi, parti itu lebih dominan dari UMNO dari segi hirarki seandainya Barisan Nasional dan Perikatan Nasional bersama-sama membentuk kerajaan negeri.

10. Justeru, calon Ketua Menteri Sabah seharusnya ditentukan oleh PPBM, bukannya UMNO, dan perkara ini dijangka akan menimbulkan pertelingkahan hebat yang mungkin akan memecahkan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

11. Beralih kepada soal prestasi WARISAN, berikut merupakan perbandingan pencapaian parti itu pada Pilihan Raya Negeri kali ini dengan pencapaiannya di Pilihan Raya Negeri 2018:

a. Pilihan Raya Negeri 2018: Menang 21 kerusi

b. Pilihan Raya Negeri 2020: Menang 23 kerusi

12. Apa yang menarik, peningkatan prestasi WARISAN menjadikannya parti terbesar dari segi perolehan kerusi biarpun presidennya, Datuk Seri Shafie Apdal, terang-terang menyokong kepimpinan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dan Tun Dr Mahathir Mohamad.

13. Ini sekaligus menangkis propaganda yang dimainkan oleh kepimpinan UMNO dan PPBM serta Laskar Siber tajaan Team A kononnya Mahathir tidak lagi diterima oleh rakyat.

14. Malah, keputusan terbaru ini membuktikan Mahathir lebih diterima daripada Muhyiddin sebagai Perdana Menteri Malaysia memandangkan PPBM jauh ketinggalan dari WARISAN sebanyak 12 kerusi biarpun diterajui oleh Perdana Menteri sendiri.

15. Peningkatan besar prestasi WARISAN dalam banyak kerusi turut membuktikan Shafie lebih diterima rakyat dan sudah pasti menjadi Ketua Menteri Sabah seandainya PPBM tidak mengkhianati Mahathir.

16. Akhir sekali, keputusan Pilihan Raya Negeri kali ini membuktikan rakyat menolak terus Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

17. Ini kerana PKR mencatatkan prestasi yang amat buruk (hanya menang 2 kerusi) biarpun sekutunya dari Pakatan Harapan, DAP, mampu mengekalkan pencapaiannya malah menang dengan majoriti lebih besar di beberapa kerusi.

18. Ini bermakna Anwar melakukan kesilapan besar apabila menipu kononnya beliau memiliki sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan persekutuan.

19. Penipuan Anwar ini difikirkan telah membantu PPBM, kerana rakyat Sabah mungkin telah memberikan sokongan yang lebih sedikit terhadap Muhyiddin sebagai tanda mereka menolak terus kepimpinan Anwar.

20. Apa pun, Pilihan Raya Negeri kali ini lebih berkisar di sekitar isu-isu tempatan dan dijadikan tapak untuk menilai kekuatan UMNO, PPBM dan WARISAN.

21. Menjelang Pilihan Raya Umum ke-15, dan berdasarkan hujah-hujah ini, Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Mahathir bersama WARISAN dijangka akan memenangi kerusi dalam bilangan yang agak besar.

22. Ini kerana Pilihan Raya Umum ke-15 akan menyaksikan kehadiran calon-calon PEJUANG yang sudah pasti akan mencabar UMNO di hampir semua kerusi.

23. Pada ketika itu, kedua-dua UMNO dan PPBM dijangka akan memperolehi kerusi dalam jumlah yang jauh lebih rendah berbanding perolehan mereka di Pilihan Raya Umum ke-14.

24. Malah, UMNO sudah pasti tidak menerima Muhyiddin sebagai calon Perdana Menteri dan tidak mungkin mengulangi kesilapannya di Sabah dengan melepaskan banyak kerusi kepada PAS dan PPBM di Pilihan Raya Umum ke-15.

25. Manakala itu, PAS dijangka akan menang kurang dari 18 kerusi parlimen kerana Pilihan Raya Negeri Sabah membuktikan undi Melayu-Islam dan Bumiputra Muslim berpecah teruk.

26. Terdapat juga kemungkinan rakyat Sabah memberikan undi kepada PPBM di peringkat negeri agar Muhyiddin memenuhi janjinya untuk membubarkan parlimen dengan kadar segera.

Sekian rumusan saya buat ketika ini, saya akan membuat huraian lebih terperinci pada pukul 5 petang ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI).

Sementara itu, anda boleh melihat live ringkas yang saya buat pada pukul 2.30 pagi tadi DI SINI.

Bersambung…

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...