Analisis terperinci keputusan Chini 2020

“Calon BN (boleh juga dirujuk sebagai “calon UMNO-PAS”) hanya berjaya meraih 13,872 undi (atau 91 peratus) daripada jumlah undi sah yang dikira (15,231 undi), iaitu penurunan dalam undi Melayu-Islam sebanyak 10.1 peratus (atau 1,560 undi) dari jumlah yang diperolehi oleh calon UMNO dan PAS di PRU 14. Baca kajian ini secara objektif dan dengan minda terbuka agar dapat kita renungi bersama bagi bekalan masa depan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Lewat malam semalam, saya membuat dua analisis secara berasingan berhubung keputusan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Chini (atau PRK Chini 2020), satu secara live (KLIK DI SINI) dan satu lagi menerusi terbitan TTF (bawah).

Chini: Barisan Nasional menang dengan peningkatan majoriti 55 peratus




Biarpun analisis-analisis ini agak ringkas, ianya mengetengahkan beberapa hujah berupa hakikat yang menunjukkan calon Barisan Nasional (BN) menang dengan perolehan majoriti 55 peratus lebih tinggi dari majoriti Allahyarham Abu Bakar bagi kerusi DUN yang sama di Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Di sini, saya ingin mengetengahkan satu lagi analisis, di mana analisis ini lebih terperinci dan sesuai untuk dijadikan renungan oleh semua pihak, baik dari blok kerajaan mahupun blok pembangkang.

Analisis yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

A. KAWASAN DUN CHINI

1. DUN Chini berada di kawasan parlimen Pekan yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional dan juga kubu kuat bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.

2. Justeru, kemenangan Barisan Nasional di PRK Chini 2020 adalah dijangka sepertimana yang saya katakan beberapa kali sebelum ini.

3. Malah, Barisan Nasional dijangka akan menang dengan majoriti yang lebih besar memandangkan calonnya hanya berdepan dengan calon-calon bebas, iaitu seorang bekas ahli PPBM dan seorang lagi blogger.

Loading...

B. KEMPEN PILIHAN RAYA KECIL CHINI

4. Barisan Nasional berkempen sebagai Barisan Nasional dan hampir tidak menekankan langsung konsep Muafakat Nasional sepanjang tempoh berkempen di Chini.

5. Biarpun begitu, kempen Barisan Nasional kali ini amat teliti, terurus dan menyeluruh, di samping bertenaga tinggi serta penuh dedikasi walaupun hanya berdepan dengan calon-calon bebas.

6. Kempen di Chini bertumpu khususnya kepada Najib, yang dilihat mengiringi calon Barisan Nasional di hampir semua ceramah dan kunjungan rumah ke rumah.

7. Ini merupakan satu lagi sebab mengapa Barisan Nasional dijangka menang dengan majoriti lebih besar berbanding majoriti yang diperolehi di PRU14.

C. IMPAK MUAFAKAT NASIONAL DAN PERIKATAN NASIONAL

8. Walaupun konsep Muafakat Nasional hampir tidak ditekankan langsung sepanjang tempoh berkempen, kedua-dua UMNO dan PAS tetap menjangkakan Muafakat Nasional akan memberikan impak besar kepada keputusan PRK di Chini.

9. Dan walaupun PRK Chini 2020 berlangsung bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kedua-dua UMNO dan PAS menjangkakan keputusan PRK berkenaan akan membuktikan impak positif Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional kepada corak pemilihan pengundi Melayu-Islam.

10. Ini bermakna kedua-dua UMNO dan PAS menjangkakan akan berlaku peningkatan dalam peratusan undi Melayu-Islam terhadap calon Barisan Nasional (yang ‘dianggap’ sebagai calon UMNO-PAS) akibat daripada pembentukkan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

11. Ini turut bermakna UMNO dan PAS menjangkakan lebih ramai akan balik untuk mengundi dengan berbekalkan semangat Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional biarpun PRK Chini berlangsung bawah suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

D. KEPUTUSAN CHINI (PRU14)

12. Pada PRU14, seramai 16,798 individu keluar untuk mengundi dan mewakili 79.05 peratus daripada jumlah keseluruhan pengundi di kawasan DUN Chini.

13. Daripada jumlah itu, sebanyak 16,497 undi dikira sebagai undi sah, di mana 10, 027 daripada undi tersebut memihak kepada calon Barisan Nasional dan 5,405 lagi memihak kepada calon PAS.

14. Baki 1,065 undi pula didapati memihak kepada calon Pakatan Harapan yang tidak akan dipertimbangkan untuk analisis ini.

15. Memandangkan PAS dan UMNO bekerjasama secara terbuka pada ketika itu, jumlah undi yang diperolehi oleh UMNO dan PAS ialah sebanyak 15,432 undi, atau 93.5 peratus dari jumlah undi sah.

16. Dan memandangkan lebih 90 peratus undi “bukan Melayu” berpihak kepada Pakatan Harapan di seluruh negara, dan disebabkan peratusan undi Cina dan India di Chini kecil, kita boleh anggap bahawa hampir kesemua 15,432 undi yang diperolehi oleh UMNO-PAS merupakan “undi Melayu-Islam.”

E. APA YANG SEHARUSNYA DIJANGKAKAN DALAM KEPUTUSAN PRK CHINI (2020)

17. Jika dikaji perkara-perkara A, B dan C, PRK Chini 2020 seharusnya menjurus kepada dua pemerhatian penting, iaitu:

a. peningkatan dalam peratusan yang keluar mengundi, dan

b. peningkatan dalam jumlah undi Melayu-Islam bagi calon Barisan Nasional.

18. Berdasarkan hujah-hujah yang diketengahkan menerusi perkara C, calon Barisan Nasional bagi PRK Chini 2020 kemudian daripada ini boleh juga dirujuk sebagai calon UMNO-PAS.

19. Justeru, calon UMNO-PAS kali ini seharusnya memperolehi undi yang jauh lebih besar dari jumlah undi yang diperolehi oleh calon-calon dari UMNO dan PAS (15,432 undi) di PRU14.

F. APA YANG KITA LIHAT DALAM KEPUTUSAN PRK CHINI (2020)

20. Calon UMNO-PAS hanya berjaya meraih 13,872 undi (atau 91 peratus) daripada jumlah undi sah yang dikira (15,231 undi), iaitu penurunan sebanyak 10.1 peratus (atau 1,560 undi) dari jumlah yang diperolehi oleh calon UMNO dan PAS di PRU 14.

21. Manakala itu, peratusan yang keluar mengundi ialah 73.87 peratus (atau 15,505 pengundi), iaitu penurunan seramai 1,292 pengundi berbanding PUR14.

22. Jika diperhatikan, bilangan yang “tidak keluar mengundi” kali ini tidak lari jauh dari penurunan dalam jumlah undi calon UMNO-PAS.

23. Ini bermakna, jika kita ‘tambah’ 1,292 undi lagi bagi calon UMNO-PAS (untuk tujuan perbincangan), masih akan berlaku lagi penurunan dalam undi Melayu-Islam bagi calon UMNO-PAS dalam PRK ini berbanding dengan PRU14

G. SEBAB BERLAKU PENURUNAN DALAM UNDI MELAYU-ISLAM BAGI CALON UMNO-PAS

24. Berdasarkan pengakuan UMNO dan PAS sendiri (lihat perkara-perkara A hingga E), calon UMNO-PAS seharusnya memperolehi undi lebih besar dari masyarakat Melayu-Islam yang dipengaruhi oleh konsep Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional.

25. Malah, disebabkan teruja dengan konsep-konsep berkenaan, kita seharusnya menyaksikan satu tsunami Melayu-Islam ke arah calon UMNO-PAS di Chini tidak kira samada wujud PKPP ataupun tidak.

26. Tetapi perkara ini tidak berlaku.

27. Apa pun, alasan PKPP sememangnya tidak boleh digunakan, kerana warga tua di Chini yang lebih terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19 dilaporkan keluar beramai-ramai untuk membuang undi.

28. Atas sebab inilah saya mengesyaki bahawa sebilangan tertentu pengundi yang duduk di kawasan bandar tidak ingin pulang untuk mengundi atas salah satu daripada dua sebab berikut (atau kedua-duanya sekali):

a. Mereka tidak begitu teruja lagi dengan konsep Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional kerana perpecahan dalam undi Melayu-Islam yang telah saya jelaskan berkali-kali secara terperinci sebelum ini (lihat link bawah), atau

b. mereka tahu parlimen akan dibubarkan tidak lama lagi dan merasakan PRK Chini 2020 membuang masa atau merupakan satu pembaziran wang rakyat.

Wallahu A’lam

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...