Anjuran persidangan bantah pembelajaran tulisan Cina di Malaysia

“Bukan hanya pihak Dong Jiao Zong yang rasis ini sedang cuba memperbodohkan kerajaan dan masyarakat Melayu-Islam, tindak-tanduk mereka jelas bercanggah dengan semangat perpaduan nasional dan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan”

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya terbaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Dong Jiao Zong berhubung satu persidangan pertubuhan Cina yang dianjurkan mereka pada 28hb Disember 2019 untuk membantah pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi di sekolah vernakular.




Percayalah, niat Dong Zong dan Jiao Zong menganjurkan persidangan ini teramat jahat dan mampu menimbulkan keresahan antara kaum.

Ia turut mampu memarakkan lagi golombang Islamophobia, sekaligus menyebabkan kaum Cina membenci masyarakat Melayu-Islam serta takut dengan agama, budaya, sejarah dan asas pentadbiran Islam.

Perkara ini bukanlah satu rekaan tetapi berdasarkan rentetan kejadian serta kenyataan tidak bertanggungjawab yang dikeluarkan oleh pihak Dong Zong sendiri.

Sebelum ini, Dong Zong sengaja menimbulkan keresahan di kalangan ibubapa masyarakat Cina dengan mendakwa kononnya pembelajaran seni khat akan menjurus kepada “pengislaman pendidikan di Malaysia.”

Kemudian, setelah dikecam hebat masyarakat Melayu-Islam, persatuan tersebut tiba-tiba menyokong rancangan memperkenalkan seni khat Jawi dalam mata pelajaran bahasa Melayu Tahun 4 di sekolah-sekolah aliran tahun depan.

Walaubagaimanapun, ‘sokongan’ tersebut jelas muslihat jahat memandangkan Dong Zong tidak bersetuju murid-murid diwajibkan belajar Jawi.

Saudara saudari sekalian,

Loading...

Apakah makna pembelajaran seni khat jawi sedangkan pembelajaran tulisan jawi tidak dibenarkan?

Bagaimanakah seseorang mampu mempelajari dan menghayati seni khat jawi sedangkan orang tersebut tidak memahami abjad jawi?

Bukankah ianya serupa dengan mempelajari “seni pembuatan dan ukiran seruling” tanpa dibenarkan mempelajari ataupun memahami cara-cara seruling berfungsi ataupun dimainkan?

Bukan hanya pihak Dong Jiao Zong yang rasis ini sedang cuba memperbodohkan kerajaan dan masyarakat Melayu-Islam, tindak-tanduk mereka jelas bercanggah dengan semangat perpaduan nasional dan kedaulatan Bahasa Melayu sebagai Bahasa rasmi kebangsaan.

Ini memandangkan penulisan jawi sememangnya sebati dengan perkembangan fonetik, nilai, bunyi, pertuturan serta sejarah Bahasa Melayu.

Pada 6hb Ogos 2019, saya menulis:

Penggunaan abjad Rumiyah (Rumi, atau Latin) dalam penulisan Melayu moden bukannya asli tetapi dibawa oleh orang-orang Portugis apabila menakluki Melaka.

Pada ketika itu, masyarakat di rantau ini mahir dalam seni tulisan khat dan jawi yang diperkenalkan kepada mereka di sekitar kurun ke-12 oleh pedagang-pedagang Arab dan India-Muslim yang turut membawa bersama mereka pengaruh agama Islam.

Apabila dijajah kuasa-kuasa Barat, penduduk di Tanah Melayu mula menulis dan mengeja perkataan-perkataan Melayu secara tidak formal menggunakan abjad Rumi sehingga abjad tersebut beransur-ansur digunakan dalam sistem ejaan rasmi.

Ini sebenarnya didorong oleh puak penjajah Portugis dan British yang lebih suka masyarakat tempatan membuat pengubahsuaian menurut acuan mereka daripada perlu mereka belajar seni tulisan khat dan jawi.

Tindakan puak ini menyebabkan ‘jiwa’ dan ‘semangat’ asal yang dibawa menerusi Bahasa Melayu asli dicemari unsur-unsur asing yang kurang dari segi peradaban.

Pihak Dong Zong tidak boleh menafikan, bahawa ‘jiwa’ dan ‘semangat’ mana-mana masyarakat yang mengamalkan pertuturan dalam mana-mana bahasa terjerap dalam sistem penulisan yang diamalkan oleh masyarakat tersebut.

Sekiranya pelajar-pelajar sekolah diwajibkan mempelajari seni khat dan penulisan Jawi, mereka mampu menjiwai semula semangat masyarakat Melayu-Islam lampau yang pekat dengan nilai peradaban, tatasusila kemanusiaan, integriti dan adat ketimuran yang mampu menyatukan bangsa.

Mereka juga akan lebih mengenali sistem penstrukturan, sebutan, intonasi dan fonetik yang muncul menerusi perkembangan Bahasa Melayu asli dan memahami sebab-sebab ayat-ayat tertentu disebut atau dialun dengan cara-cara tertentu.

Hakikatnya, mana-mana bahasa di dunia, termasuk Bahasa Cina, boleh dipelajari menggunakan sistem ejaan Rumi sekiranya pakar-pakar linguistik menetapkan ejaan-ejaan yang bersesuaian dengan fonetik bahasa yang ditutur.

Dong Zong terdiri daripada kumpulan pendidik terpelajar yang faham akan perkara ini tetapi sengaja memperbodohkan masyarakat Melayu-Islam sambil mengelirukan masyarakat Cina.

Saya berjanji, sekiranya persidangan pertubuhan Cina diteruskan juga 28hb Disember ini, saya akan memulakan satu kempen dan siri mesyuarat bersama kumpulan-kumpulan tertentu dengan niat menganjurkan persidangan Melayu-Islam membantah tulisan Cina di Malaysia.

Percayalah, jika dah ada hajat nak buat, maka saya akan buat.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...