Annuar Musa: Antara kes Muhyiddin dan Zahid, mana lebih berat?

Pada sidang media tadi, Annuar mendedahkan Ahmad Zahid ada membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Anwar yang juga presiden PKR. Sumber (gambar): Fail TTF

اننوار موسى: انتارا كيس محي الدين دان زاهيد، مان لبيه برت؟

Ketika ditanya wartawan mengenai kemungkinan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikenakan tindakan kerana didakwanya memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Annuar Musa ‘mengenang’ kembali kes pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada UMNO.

“Kalau kita ingat kenapa Muhyiddin Yassin dipecat dulu… itu baru bercanggah pendapat dengan pucuk pimpinan sahaja. Yang mana lebih berat?” katanya

Pada sidang media tadi, Annuar mendedahkan Ahmad Zahid ada membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Anwar yang juga presiden PKR.

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan PN. 

Anggota parlimen Ketereh itu turut mempersoalkan apakah benar 189 bahagian Umno mengusulkan supaya parti itu memutuskan hubungan dengan Bersatu.


Ketika ditanya wartawan mengenai kemungkinan Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dikenakan tindakan kerana didakwanya memberikan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Annuar Musa ‘mengenang’ kembali kes pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada UMNO.

Menurut Malaysiakini, bekas setiausaha agung UMNO itu berkata beliau tidak menyarankan sebarang tindakan, tetapi sebaliknya, memberikan pandangan yang terbuka untuk ditafsir oleh orang ramai.




“Ya kalau tidak ada antara dua darjat, itulah (tindakan). Kalau undang-undang tertakluk kepada semua, maka jawapannya jelas,” katanya.

Terdahulu Annuar ditanya wartawan mengenai alasan dia dipecat daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN semalam dan jika ia dibuat tidak mengikut peratuan.

Dia juga ditanya sama ada Ahmad Zahid boleh dikenakan tindakan ekoran pemecatan tersebut.

“Saya tak boleh cakap sebab (saya bukan) ahli majlis tertinggi (MT Umno). Itu bergantung kepada majlis tertinggi.

“Kalau kita ingat kenapa Muhyiddin Yassin dipecat dulu… itu baru bercanggah pendapat dengan pucuk pimpinan sahaja.

“Yang mana lebih berat?” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Pada sidang media tadi, Annuar mendedahkan Ahmad Zahid ada membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Anwar yang juga presiden PKR.

Loading...

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan PN.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...