Annuar Musa beri petanda kerajaan tunggu pemilihan UMNO sebelum bubar parlimen

Annuar dakwa PRU-15 boleh jadi tahun ini. Sumber (gambar): Fail TTF

اننوار موسى بري ڤتاندا كراجأن توڠڬو ڤميليهن امنو سبلوم بوبر ڤرليمين

Perhimpunan agung dan pemilihan UMNO bagi menyelesaikan krisis dalaman perlu dipercepatkan supaya parti itu sempat membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat, UMNO bakal berada dalam keadaan ketidaktentuan, termasuk dikhuatiri tidak sempat membuat persediaan rapi.

TTF: Ini nampaknya seperti petanda daripada Annuar Musa bahawa PRU15 berkemungkinan besar berlaku tidak lama selepas pemilihan UMNO.

Ditanya sama ada akan beliau akan bertanding dalam pemilihan UMNO kelak, Annuar berkata, beliau belum dapat menjawab soalan itu kerana parti masih belum memutuskan tarikh untuk pemilihan.

Dalam perkembangan lain, Annuar menyangkal pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Bersatu, Pas dan UMNO hanya bersama demi kepentingan politik masing-masing dan jalinan kerjasama ‘rapuh’ tersebut bakal terurai dalam PRU-15.


KOTA BHARU: Perhimpunan agung dan pemilihan UMNO bagi menyelesaikan krisis dalaman perlu dipercepatkan supaya parti itu sempat membuat persiapan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, sekiranya PRU-15 diadakan dalam masa terdekat, UMNO bakal berada dalam keadaan ketidaktentuan, termasuk dikhuatiri tidak sempat membuat persediaan rapi.




“Kalau tiba-tiba datang pilihan raya, kita dalam keadaan tidak bersedia. Jadi kita kena selesaikan cepat.

“PRU-15 boleh jadi tahun ini, boleh jadi tahun depan, kita tidak tahu tarikh pilihan raya, maka elok disegerakan urusan pemilihan parti ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh menyempurnakan penyerahan hamper, limau dan angpau sempena Tahun Baharu Cina di Taman Puspa, Kok Lanas, di sini hari ini.

Ditanya sama ada akan beliau akan bertanding dalam pemilihan UMNO kelak, Annuar berkata, beliau belum dapat menjawab soalan itu kerana parti masih belum memutuskan tarikh untuk pemilihan.

Dalam perkembangan lain, Annuar menyangkal pendapat Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya Bersatu, Pas dan UMNO hanya bersama demi kepentingan politik masing-masing dan jalinan kerjasama ‘rapuh’ tersebut bakal terurai dalam PRU-15.

“UMNO dan Pas telah membentuk persefahaman melalui Muafakat Nasional (MN) manakala perundingan kerusi dengan Bersatu tetap diteruskan memberi isyarat kerjasama boleh dilaksanakan.

“Tidak timbul soal rapuh atau tidak dan saya menjangkakan pimpinan parti akan meneruskan perbincangan serta rundingan. Apa yang penting. Bersatu, UMNO dan Pas perlu memenangi pilihan raya,” katanya.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...