
اننوار موسى برسديا ماسوق ڤرتي بهارو
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Tan Sri Annuar Musa bersedia untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, setelah dipecat dari UMNO tanpa sebab atau pertuduhan yang dimaklumkan kepadanya.
Dalam catatan di Facebook, Annuar memberitahu bahawa beliau sedang memikirkan secara serius untuk kembali berparti dan akan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan beliau.
15 Disember lalu, Annuar memaklumkan bahawa beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap pemecatannya kerana tidak tahu sebab-sebab pemecatan itu dilakukan.
“Sehingga hari ini, saya tidak tahu, saya tiada pertuduhan. Tak dipanggil, tak pernah ditanya, tak diminta penjelasan lisan atau bertulis, panggil secara sahabat pun tiada sedangkan dalam itu kawan-kawan saya tapi mereka tidak bertanya apa-apa.”
Tan Sri Annuar Musa bersedia untuk kembali semula meneruskan perjuangan politik secara berparti, setelah dipecat dari UMNO tanpa sebab atau pertuduhan yang dimaklumkan kepadanya.
Dalam catatan di Facebook, Annuar memberitahu bahawa beliau sedang memikirkan secara serius untuk kembali berparti dan akan memilih parti yang sesuai dengan jiwa perjuangan beliau.
“Sejak tahun 1979(43 tahun lalu)saya menjadi ahli parti politik tertentu dan berkhidmat kepadanya,sehinggalah saya dibuang dari parti tersebut disember lalu.
“Kini sudah 3 bulan saya tidak berparti. Masa tersebut saya gunakan utk bermuhasabah dan memerhatikan arus dan pola politik negara,” katanya.
TONTON: BERITA AMAT BURUK BUAT ZAHID HAMIDI
Menurut Annuar lagi, parti yang bakal dipilih harus “benar benar berjuang menegakkan syiar agama serta membela bangsa dan negara.”
“Semoga ada parti yang sudi menerima saya utk berkhidmat sebagai ahli biasa mereka. Kepada Allah saya berserah.”
15 Disember lalu, Annuar memaklumkan bahawa beliau tidak akan mengemukakan rayuan terhadap pemecatannya kerana tidak tahu sebab-sebab pemecatan itu dilakukan.
“Saya buat keputusan tidak merayu. Pertama, nak merayu ini, kita kena tahu salah kita… jadi kita nilai betul kita salah atau tidak. Kalau tak salah, kita merayulah atas dasar diri kita tak bersalah.
“Sehingga hari ini, saya tidak tahu, saya tiada pertuduhan. Tak dipanggil, tak pernah ditanya, tak diminta penjelasan lisan atau bertulis, panggil secara sahabat pun tiada sedangkan dalam itu kawan-kawan saya tapi mereka tidak bertanya apa-apa.
“Tahu-tahu surat sekeping, pecat. Jadi saya nak rayu macam mana. Jadi saya buat kesimpulan, mereka tidak memerlukan saya dan saya fikir parti UMNO itu besar, tiada saya seorang, UMNO masih ada,” kata Annuar.
THE THIRD FORCE
