Annuar Musa dakwa, MKT UMNO sahkan Ismail Sabri akan terus disokong untuk pimpin negara hingga 2023

Tan Sri Annuar Musa. Sumber (gambar): Fail TTF

Berikut merupakan kenyataan terkini Tan Sri Annuar Musa yang dimuat naik ke Facebook rasmi beliau:


Annuar Musa

اننوار موسى دعوا، مقت امنو سهكن اسماعيل صبري اكن تروس دسوكوڠ اونتوق ڤيمڤين نڬارا هيڠڬ 2023

Alhamdulillah, syukur MKT umno terus mempamerkan kebijaksanaan musyawarah dan sentiasa mempamerkan tahap kematangan politik yang tinggi.

Ini adalah kerana ahli ahlinya sentiasa bersuara secara terbuka dan jujur, walau kadangkala timbul perbezaan pendapat di antara mereka.




SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Sementara itu, Presiden parti yg menakhodai MKT sentiasa memberi ruang dan meraikan kepelbagaian pendapat di kalangan Ahli MKT.Suara ahli MKT di hormati.

Tahun ini merupakan tahun tamatnya tempoh memegang jawatan bagi semua ahli MKT.Tempoh sebenar tamat pada tahun lalu lagi, namun perlembagaan Umno membolehkan penangguhan maksima 18 bulan.Ia terpaksa di lakukan kerana memuncaknya kes penularan covid19 ketika itu.

BACA JUGA: AZAM BAKI BERI AMARAN HALUS KEPADA PEMIMPIN TERTENTU?

Alhamdulillah keadaan kini sudah semakin baik.Saya percaya MKT tidak akan berlengah utk segera mengadakan pemilihan sementara keadaan mengizinkan sekarang.

Lagi pun pemilihan jawatan dalam parti sentiasa menghasilkan kepimpinan yg semakin mantap serta saf pimpinan yg mempunyai “legitimacy” yg lebih kukuh dgn mendapat mandat dari akar umbi.

Meskipun pemilihan di benarkan dlm Umno,tidak semestinya pula akan berlaku perebutan.Malah,satu dari amalan yang sering di lakukan dalam umno semua peringkat,adalah “baton” kepimpinan bertukar tangan secara harmonis,konsensus dan penuh semangat kesetiakawanan serta mendahulukan kepentingan perjuangan parti.

Pemakluman SUA Umno pasca mesyuarat MKT yg lalu, bahawa MKT terus memperkasakan kepimpinan dan kedudukan YAB PM,DS ISMAIL SABRI YAAKOB adalah satu manifestasi kebijaksanaan MKT.

Mesyuarat MKT jelas membuat “endorsement” bahawa DSIS akan terus memimpin negara sehingga tamat tempoh penggal Parlimen ke14, pada tahun 2023.

Loading...

Bukan itu saja, malah MKT turut menunjukkan isyarat bahawa YAB DSIS adalah “posterboy” PRU 15, sekali gus merupakan calun PM daripada Umno,pasca PRU 15 nanti.

Secara tidak langsung MKT UMNO memberi isyarat bahawa tradisi umno akan terus di pertahankan.

Dalam Umno,sesorang yg di angkat sebagai PM akan seterusnya di beri “endorsement”oleh parti utk mengambil alih kepimpinan parti sebagai Presiden UMNO.

Saya percaya inilah sebahagian dari sumber kekuatan parti.Peralihan kepimpinan utama sentiasa berlaku secara berhemah dan penuh kebijaksanaan.

Yang mengganti terus memperkasa parti,yang di ganti pula tetap di pandang tinggi.Bak kata pepatah Melayu,Patah tumbuh,hilang berganti….

WAJIB BACA:

Azam Baki beri amaran halus kepada pemimpin tertentu?

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...