اننوار موسى دجڠك بوات ڤڠعمومن ڤنتيڠ دالم ماس تردكت
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Tan Sri Annuar Musa dijangka mengumumkan parti baharu yang bakal disertainya dalam masa terdekat.
Menurut laporan, Annuar memberitahu pemberita bahawa beliau akan lebih aktif selepas ini dan memilih parti yang ‘berhaluan baik’
Terdahulu Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh hadir dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Warisan perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
Kehadirannya yang disambut baik oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mencuri tumpuan tetamu dan ramai yang hadir mengambil peluang untuk beramah mesra serta merakam gambar kenangan.

“Saya belum pencen, tak timbul isu kembali aktif cuma saya dibuang dari UMNO sahaja.
“Saya aktif, cuma dua tiga bulan sebelum ini dan selepas itu ambil peluang untuk tumpukan kepada hal peribadi, ibadat, hal diri sendiri dan tidak banyak bercakap hal parti tapi saya tak ‘retired’ (bersara).
“Insya Allah selepas ini akan lebih aktif dan akan berhaluan ke arah yang lebih baik…tengok sehari dua lagi kerana kita masih dalam suasana raya jadi kalau boleh politik kita kurangkan sikit,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Terdahulu Annuar yang juga bekas Ahli Parlimen Ketereh hadir dalam majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Kelantan di Dataran Warisan perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini.
TONTON JUGA: SAMBUTAN ‘MEMALUKAN’ BAGI EVENT ANWAR DI KEDAH WALAUPUN SITI NURHALIZA, AMY SEARCH HADIR
Kehadirannya yang disambut baik oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, mencuri tumpuan tetamu dan ramai yang hadir mengambil peluang untuk beramah mesra serta merakam gambar kenangan.
Menyifatkan kehadirannya dalam majlis itu adalah sebagai sahabat sejak dalam Kerajaan Persekutuan terdahulu, Annuar berkata, ia bukan kali pertama sebaliknya turut menghadiri majlis yang sama di kediaman beberapa pemimpin yang lain.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai Rumah Terbuka Malaysia Madani Bersama Perdana Menteri yang akan diadakan di negeri ini dijangka pada 12 Mei nanti, beliau berkata, setakat ini belum menerima sebarang jemputan.
“Alhamdulillah sejak dalam kerajaan (Persekutuan) sebelum ini memang kita semua bersahabat jadi musim raya kali ini dapat bersama-sama.
“Sudah banyak kali saya hadir majlis raya PAS, tahun lalu di Parlimen Pengkalan Chepa, saya hadir semua termasuk rumah Ahli Parlimen Ketereh (Datuk Khlir Mohd Nor) semalam.
“Setakat ini belum terima jemputan (Rumah Terbuka Malaysia Madani) tapi kalau ada jemputan dan berkelapangan, tiada masalah (untuk hadir),” katanya.
THE THIRD FORCE
Diadaptasi daripada Berita Harian