Annuar Musa dipecat kuat kuasa serta merta

Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan. Sumber (gambar): Fail TTF

اننوار موسى دڤچت كوات كواس سرتا مرتا

Tan Sri Annuar Musa hari ini dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta -merta.

Sumber UMNO memaklumkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.

Keputusan pemecatan Annuar dikongsi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md. Yunos yang berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mengambil alih jawatan Annuar itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan belum dimaklumkan mengenai keputusan pemecatannya itu.


KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa hari ini dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berkuat kuasa serta -merta.

Astro Awani melaporkan, keputusan itu dibuat Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di dalam satu mesyuarat di sini pada Selasa.




Annuar yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MKT) UMNO sebelum ini menegaskan, beliau sedia dipecat daripada parti itu sekiranya kritikannya berkaitan isu penyatuan Melayu dan Islam tidak disenangi ahli serta pemimpin akar umbi parti berkenaan.

Utusan Malaysia pula melaporkan Annuar seolah-olah tidak tahu bahawa dirinya dipecat dari jawatannya sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN).

Perkara terbabit diluahkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan itu melalui Twitternya dengan memuat naik sekeping tangkap layar yang memaparkan ucapan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid.

“Ramai yang minta komen..saya tiada apa komen buat masa ini.

“Tempoh bertenang…,” katanya hari ini.

Keputusan pemecatan Annuar dikongsi Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan akan mengambil alih jawatan Annuar itu.

Bagaimanapun, Setiausaha Akhbar Annuar, Tun Faisal Ismail Aziz berkata, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan belum dimaklumkan mengenai keputusan pemecatannya itu.

Loading...

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...