Annuar Musa: Pakatan Harapan sudah berakhir

Menurut Annuar, UMNO masih sebuah parti walaupun membentuk gabungan baharu bersama parti lain. Sumber (gambar): Fail TTF

اننوار موسى: ڤاكتن هارڤن سوده بيرقهير

UMNO membayangkan Pakatan Harapan (PH) sudah berakhir sekali gus mengesahkan parti itu mungkin membentuk gabungan baharu dengan Bersatu dan PAS.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, gabungan antara Pakatan Harapan iaitu Bersatu, PKR, DAP, Amanah mungkin berakhir.

Ditanya adakah PH sudah berakhir, Annuar seolah-olah mengesahkannya. “Saya rasa begitu,” katanya.

Annuar turut mengesahkan sokongan yang diterima cukup untuk membentuk kerajaan baharu itu.


UMNO membayangkan Pakatan Harapan (PH) sudah berakhir sekali gus mengesahkan parti itu mungkin membentuk gabungan baharu dengan Bersatu dan PAS.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa berkata, gabungan antara Pakatan Harapan iaitu Bersatu, PKR, DAP, Amanah mungkin berakhir.




Bagaimanapun, beliau berkata, pengumuman mengenai perkara itu akan diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Pembentukan Pakatan baharu perlu mengikut perlembagaan dan (perkenan) Agong.

“Akan ada mesyuarat lagi selepas ini bersama Tun Dr Mahathir, kesimpulannya tunggu PM (Perdana Menteri) umum pakatan baharu itu,” katanya.

Menurutnya, UMNO masih sebuah parti walaupun membentuk gabungan baharu bersama parti lain.

“UMNO akan kekal sebagai parti politik,” katanya.

Ditanya adakah PH sudah berakhir, Annuar seolah-olah mengesahkannya.

“Saya rasa begitu,” katanya.

Loading...

Annuar turut mengesahkan sokongan yang diterima cukup untuk membentuk kerajaan baharu itu.

“Kita mencapai dua pertiga sokongan daripada ahli parlimen yang ada,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...