
TONTON JUGA: PRK Mahkota: Calon BN fasih bahasa Cina, petanda BN sedar tanpa undi Cina boleh kalah
BEBAS NEWS: Muafakat Nasional (MN) menasihatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya lebih cermat dalam kenyataan media sesuai dengan kedudukannya di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau terasa aneh apabila , Menteri KDN itu ‘menyerang’ Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sekian lama berjuang sebagai pembangkang bersama beliau pada satu ketika dahulu.
“Tak semena-mena Menteri KDN mengeluarkan kenyataan tiga muka surat dengan 20 paragraf hari ini 17 September 2024 mengulas tentang Pas. Macam tak percaya ini kenyataan resmi Menteri KDN!
Jika benar ia kenyataan KDN, saya tercari cari apa tujuannya? Kenyataan Media Menteri atau pendapat politik peribadi beliau?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
SEPANG: Muafakat Nasional (MN) menasihatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail supaya lebih cermat dalam kenyataan media sesuai dengan kedudukannya di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau terasa aneh apabila , Menteri KDN itu ‘menyerang’ Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sekian lama berjuang sebagai pembangkang bersama beliau pada satu ketika dahulu.
“Tak semena-mena Menteri KDN mengeluarkan kenyataan tiga muka surat dengan 20 paragraf hari ini 17 September 2024 mengulas tentang Pas. Macam tak percaya ini kenyataan resmi Menteri KDN!
Jika benar ia kenyataan KDN, saya tercari cari apa tujuannya? Kenyataan Media Menteri atau pendapat politik peribadi beliau?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Annuar menjelaskan, Abdul Hadi hanya membuat dua ucapan rasmi semasa Muktamar Pas dan kedua-duanya bercetak atau boleh ditatap oleh seluruh rakyat kandungannya.
“Bahagian manakah ucapan itu yang melayakkan Menteri KDN melabelkan Pas dengan politik membenci dan menyerupai khawarij? Siapa membenci siapa sebenarnya?
Atau ucapan menawarkan Islam satu penyelesaian itu telah menyebabkan keresahan yang amat sangat kepada pihak-pihak tertentu,” tanya Annuar.
Annuar yang juga anggota Pas merujuk kenyataan Saifuddin Nasution yang mendakwa Muktamar Tahunan ke-70 Pas mencatat sejarah sebagai kemuncak politik kebencian yang membiakkan budaya fitnah, mencerca dan memaki hamun dalam parti itu di bawah kepemimpinan Abdul Hadi.
Menurutnya, cacian dan kebencian dihidangkan pemimpin-pemimpin Pas dalam ucapan dan resolusi mereka pada muktamar itu.
Katanya, antara ucapan dibangkitkan dalam perhimpunan parti tersebut adalah membandingkan Kerajaan Perpaduan dengan golongan munafik di Madinah sekali gus ia tidak tepat dan mengelirukan.
Dalam hal ini, Annuar mendakwa, muktamar pada 14 dan 15 September lalu di Kerdau, Pahang merupakan perjumpaan yang tertib, sopan, berilmu dan fokus kepada perjuangan yang berlandaskan Islam.
“Saya berada di muktamar dari awal hingga akhir.Saya juga pernah menghadiri persidangan yang serupa di bawah parti lain sejak 1981 hingga 2021/22. Kira Kira 40 tahun tanpa berselang.
Berani saya katakan bahawa Muktamar Pas ke-70 di Kerdau Pahang adalah yang paling tertib,sopan, berilmu dan amat fokus kepada perjuangan Pas yang berlandaskan Islam.Tiada satu parti di Malaysia yang menyamainya,” katanya.
Tambahnya, parti itu juga berani meminda Perlembagaan demi membuka pintu keahliannya kepada pelbagai kaum dan agama.
“Tujuh usul yang diluluskan amat spesifik dan relevan. Sidang Muktamar turut disertai perwakilan berbagai kaum dan agama. Ada Melayu, Cina, India, Siam, Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan wakil pelbagai etnik dari Sabah dan Sarawak.
Jadi di mana kebenciannya, di mana khawarijnya, di mana fitnahnya? Atau menteri KDN ada agenda lain yang tersirat! ” soal Annuar.
Sesuai dengan jawatan sebagai Menteri KDN, Annuar mengingatkan Saifuddin Nasution bahawa banyak masalah keselamatan, kedaulatan negara serta keluhuran undang-undang yang perlu ditangani dengan penuh wibawa dan berkesan.
“Usah gementar dengan Pas dan Gerakan Islam. Setiap kebenaran akan tetap ditegakkan dan yang batil serta kufur pasti lenyap tiba masanya,” katanya.
Sumber:
