Annuar Musa ugut Tengku Razaleigh Hamzah?

Raggie Jessy Rithaudeen

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa hari ini mengingatkan Tengku Razeleigh Hamzah bahawa setiap ahli Parlimen perlu patuh pada arahan ketua whip dalam membuat undian bagi menyokong rang undang-undang dibawa kerajaan, termasuk Belanjawan 2021.

Menurut laporan FMT, Annuar berkata, kenyataan ahli Parlimen Gua Musang yang meminta ahli Parlimen membuat undian di Dewan Rakyat mengikut ketetapan sendiri adalah tindakan yang melanggar mandat diperolehi parti semasa pilihan raya sebelum ini.




Persoalannya;

1. Bukankah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengaku “tidak boleh mengawal ahli-ahli parlimen” dari UMNO dan membuat ‘peraturan baharu’ yang membolehkan mereka membuat ‘ketetapan sendiri’, khususnya dalam soal sokongan mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim?

2. Apakah UMNO akan mengambil tindakan terhadap Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menzahirkan sokongan semua ahli parlimen UMNO terhadap Anwar secara bertulis tanpa merujuk terlebih dahulu kepada mana-mana ahli parlimen ataupun Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO?

3. Bukankah perkara 1 dan 2 menjadikan Zahid seorang penipu dan presiden parti yang tidak bertanggungjawab dan lemah? Bagaimanakan Annuar harapkan ahli-ahli parlimen menghormati presiden yang berkelakuan sebegini?

4. Bukankah UMNO sebelum ini memecat Muhyiddin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana bekerjasama dengan pihak lawan yang pada ketika itu lantang menentang Najib dan UMNO?

5. Apakah Annuar sanggup menghina Perlembagaan Persekutuan dan prinsip demokrasi berparlimen yang buta parti dalam soal sokongan ahli-ahli parlimen terhadap belanjawan atau mana-mana rang undang-undang yang dicadangkan?

6. Apakah Annuar cuba memaksa ahli-ahli parlimen dari UMNO mengenepikan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat setelah mengangkat sumpah jawatan dan sumpah setia sebagai Ahli Parlimen?

Loading...

7. Bukankah perkara 5 menyalahi undang-undang?

8. Jika majoriti ahli parlimen tidak menghiraukan ugutan Annuar dan bersedia untuk dipecat, apakah Annuar, Zahid dan Najib boleh bertahan dengan UMNO yang kehilangan 26 ahli parlimen?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...