Antara fakta dan kalut ke laut

Anthony tampil bersiap sedia dengan laporan akhbar berkaitan pihak polis yang pernah bersetuju cermin gelap tidak ada kena mengena dengan kadar jenayah, dengan perkiraan yang mana duit rasuah itu boleh menjadi pendapatan halal kerana ditukarkan kepada bayaran rasmi (khas untuk yang mampu sahaja) dan paling penting, beliau tahu masalah yang membelenggu rakyat. Sumber (gambar): Carlist.my

Hazeri Samsuri

SEJAK Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook mengumumkan peraturan cermin gelap baharu, ramai pihak pengguna yang rata-rata menyokong. Untuk ramai pengguna kenderaan pelbagai guna (MPV), ia memang sangat membantu kerana bahagian penumpang dapat sedikit privacy, terutama kepada wanita yang bertudung. Ia juga menyorok kargo yang disimpan di tempat letak barang.

Akhirnya, masalah cermin gelap untuk pengguna kenderaan Malaysia didengari oleh pak menteri dan Anthony melakukan sesuatu yang tidak dijangka – seorang menteri mendengar kemahuan rakyat dahulu sebelum bertanya kepada `pakar-pakar’ yang kita semua tahu, tidak mewakili majoriti pengguna.

Saya kira selama lebih 20 tahun saya menulis mengenai industri automotif, isu cermin gelap memang satu yang unik kerana tidak ada seorang menteri pun yang kisah perihalnya.




Masalah kena saman kerana cermin gelap adalah satu isu yang berusia puluhan tahun. Daripada alat pengukur cahaya yang tidak konsisten, kepada `jaminan’ kedai filem mereka tidak akan disaman sehinggakan kepada kes mencari orang dalam semata-mata untuk mendapat surat kebenaran menggunakan cermin gelap, semuanya akan membawa kita ke satu masalah utama – rasuah!

Apa yang Anthony katakan pada sidang akhbar kedua berkaitan peraturan cermin gelap itu memang ada benarnya. Beliau berkongsi cerita bagaimana dahulu seorang VIP membayar RM8,000 untuk mendapat kebenaran menggunakan cermin gelap (walhal zaman itu, tidak ada bayaran rasmi diperlukan), kepada perniagaan sewa cermin yang diketahui oleh semua pihak berkuasa di mana pemilik kenderaan recond dari Jepun membayar RM800 hingga RM2,500 untuk menyewa cermin terang agar lulus ujian Puspakom.

Ini semua adalah barah yang bertahun-tahun melanda Malaysia, dan yang paling menyedihkan, tidak ramai yang `di atas’ berani mengubahnya, sehingga muncul Anthony.

Nasib kita beruntung kerana Anthony ialah orang baharu dan beliau tidak ada excess baggage. Dalam erti kata lain, dia belasah langgar semua. Mungkin tidak seberani Rodrigo Duterte (Presiden Filipina) tetapi masih berani untuk melawan arus.

Respons yang diterima memang dijangka oleh saya. Akan muncul pihak-pihak yang membangkang kerana membangkang itu normal serta bagus – ia mempromosikan keadilan.

Ada yang berkata ia akan memudahkan penjahat menyorok di dalam kenderaan (macamlah selama ini tidak ada kereta bercermin gelap), ada yang kata menyukarkan penyelamat memecah masuk (cermin gelap tidak ada kena mengena dengan ketebalan lapisan filem), ada yang kata sukar untuk melihat cermin sisi kerana terlalu gelap (cermin sisi pemandu masih perlu 50 peratus ketembusan cahaya ya) dan pelbagai lagi alasan untuk membangkang peraturan tersebut.

Yang mencuit hati saya, selalunya menteri di negara ini akan mengeluarkan kenyataan tanpa fakta (contohnya, kereta terbang!) dan pakar-pakar akan membidas dan menampilkan hujah berfakta.

Loading...

Kali ini, terbalik.

Anthony tampil bersiap sedia dengan laporan akhbar berkaitan pihak polis yang pernah bersetuju cermin gelap tidak ada kena mengena dengan kadar jenayah, dengan perkiraan yang mana duit rasuah itu boleh menjadi pendapatan halal kerana ditukarkan kepada bayaran rasmi (khas untuk yang mampu sahaja) dan paling penting, beliau tahu masalah yang membelenggu rakyat.

Para pengkritik pula hanya mampu menghasilkan kenyataan-kenyataan dengan frasa kegemaran “saya rasa”, “saya kira”, “saya agak” dan tidak ada satu pun hasil kajian untuk menyokong “rasa” mereka itu. Memang dunia sudah terbalik, tapi kali ini, terbalik secara positif.

Masalah kena saman kerana cermin gelap ialah satu isu yang berusia puluhan tahun. Daripada alat pengukur cahaya yang tidak konsisten, kepada `jaminan’ kedai filem mereka tidak akan disaman sehinggakan kepada kes mencari orang dalam semata-mata untuk mendapat surat kebenaran menggunakan cermin gelap, semuanya akan membawa kita ke satu masalah utama

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...