Antara Muslim dan bukan Muslim

“Selagi anda mempercayai bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah, dan selama engkau tidak melakukan kekafiran, tidak ada sesiapa berhak mengelar diri anda sebagai bukan Muslim.

“Sudah-sudahlah dengan tabiat sesetengah pihak yang menggelar mereka yang munnafiq dan berbuat fasiq terhadap perintah Allah sebagai kafir atau bukan Muslim.

“”Dari Abdullah bin Amir Ibn As r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya Iman akan menjadi lusuh dan buruk didalam hati kamu sebagaimana pakaian akan menjadi buruk apabila dipakai. Oleh itu mintalah kepada Allah untuk memperbaharui iman dalam hati-hati kamu. (HR Hakim); 

“Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib);

“Dari Jabir bin Abdullah r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik zikir ialah La ilaha illallah dan sebaik-baik doa ialah Alhamdulillah. (HR Tirmizi)”

“Ya, perbanyaklah mengucapkan ‘Laa ilaaha illallaah’, dan usah dirisaukan mereka yang sangsi terhadapmu, kerana kesangsian mereka itu mendorong mu memperbaharui Iman setiap hari.

“Dan berdoalah bagi mereka yang sangsi itu”

RJ Rithaudeen

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...