Anthony Loke putar belit fakta, Pakatan Harapan tidak pernah jemput rakan pembangkang lain jumpa Perdana Menteri

Khairuddin Abu Hassan

انطاني لوك ڤوتر بليت فكتا، ڤه تيدق ڤرنه جمڤوت راكن ڤمبڠكڠ لاين جومڤا ڤي عيم

Saya rasa kenyataan YB Anthony Loke tidak tepat sama sekali kerana yang saya tahu sebelum PH hendak berjumpa untuk berbincang mengenai CSA dengan Perdana Menteri parti-parti pembangkang yang lain tidak dimaklumkan sama sekali.

Mengenai PH memberi taklimat kepada Presiden PEJUANG petang semalam itu bukan isunya.




Isunya ialah sebelum perjumpaan dengan Perdana Menteri saya persoalkan adakah PH memaklumkan secara terperinci serta mengajak parti PEJUANG, Warisan bersama MUDA untuk sama-sama hadir dalam perjumpaan tersebut?!

Adakah PH buat makluman atau jemputan rasmi kepada parti-parti pembangkang yang lain ketika hendak berjumpa dengan Perdana Menteri?!

Boleh YB Anthony Loke tunjuk bukti kepada saya bahawasanya PH telah memaklumkan seterusnya menjemput PEJUANG, Warisan dan MUDA untuk ikut bersama dalam rombongan berjumpa dengan yab dato seri ismail sabri tempohari?!

Dalam isu ini saya tidak bercakap mengenai taklimat petang semalam tetapi apa yang saya pertikaikan kenapa tidak menjemput parti-parti pembangkang yang lain sebelum berjumpa dengan Perdana Menteri?!

Bukan saya yang buat kenyataan tidak berasas tetapi dalam isu ini saya yakin bahawa YB Anthony Loke tidak bercakap secara benar.

Kenyataan YB Anthony Loke yang cuba hendak menegakkan ‘benang yang basah’ amat dikesali.

Kami semua terkejut melihat berita melalui saluran media saja yang menyatakan pemimpin-pemimpin PH yang diterajui oleh Anwar Ibrahim berjumpa dengan Perdana Menteri bagi membincangkan isu kearah menandatangani CSA dengan kerajaan.

Loading...

Jadi bagaimana YB Anthony Loke menyatakan bahawa PH telah memaklumkan serta mengajak PEJUANG, Warisan serta MUDA untuk bersama menghadiri dalam perjumpaan tersebut?!

Tolong jangan putar-belitkan kenyataan dan sepatutnya semangat kesetiakawanan secara tulen mahupun telus mesti dipupuk sesama kita.

Kalau waktu hendak dapatkan undi pandai datang mencari kawan-kawan untuk memohon bantuan tetapi setelah semuanya selesai kawan-kawan dilupakan.

Lain kali peganglah kepada semangat berkawan secara jujur dan ikhlas.

Apa saja perjumpaan atau perbincangan dengan kerajaan mengenai kepentingan bersama mestilah juga dimaklumkan kepada kawan-kawan secara telus!!

Janganlah bersikap hanya untuk mempergunakan kawan-kawan bagi agenda kepentingan diri masing-masing saja!! Ini adalah satu sikap yang tidak baik sama sekali!!

WAJIB BACA:

Misi sebenar Kluster Mahkamah (Bahagian Satu) – Perjumpaan rahsia Zahid di Jakarta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...