Anthony Loke terkejut dengan kehadiran besar di majlis penamaan calon Parti Pejuang Tanah Air

Loke mengimbas kembali pengalamannya ketika berkempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan berkata, hampir semua ceramah di seluruh pelusuk negara dihadiri oleh Mahathir dan bukannya presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sumber (gambar): Fail TTF

انطاني لوك تركجوت دڠن كحاضيرن بسر د مجليس ڤنمءن چالون ڤرتي ڤجوڠ تانه اير

Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke malam semalam terkejut dengan kehadiran beratus-ratus penduduk Slim ke Majlis Pengisytiharan Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim.

Calon berkenaan, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, sekaligus mewakili Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut merupakan pengerusi PEJUANG.

“Malam ini penamaan calon bebas…saya tak lama dalam politik, tak sampai pun 20 tahun, tetapi tak pernah dalam 20 tahun ini saya lihat kalau calon bebas ada majlis pengenalan calon. Biasanya calon bebas hanya diketahui pada hari penamaan calon, tak ada majlis sebesar ini.

“Tetapi malam ini, walaupun hanya mempekenalkan calon bebas, kita lihat kehadiran dan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan yang cukup meyakinkan dan memberikan semangat,” katanya.


PETALING JAYA: Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke malam semalam terkejut dengan kehadiran beratus-ratus penduduk Slim ke Majlis Pengisytiharan Calon Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim.

Calon berkenaan, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi, sekaligus mewakili Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang turut merupakan pengerusi PEJUANG.




“Saya rasa terkejut dengan kehadiran malam ini, kita sedang berada di tengah-tengah wabak Covid-19, ramai orang tidak berani berhimpun, tidak berani keluar di tempat di mana ramai orang.

“Dan sekrang ini pula, Tun Dr Mahathir (Mohamad) bukan lagi Perdana Menteri, saya ingat ramai daripada penyokong-penyokong Tun Dr Mahathir (Mohamad) dah ikut Perdana Menteri baharu.

“Lepas itu, malam ini penamaan calon bebas…saya tak lama dalam politik, tak sampai pun 20 tahun, tetapi tak pernah dalam 20 tahun ini saya lihat kalaau calon bebas ada majlis pengenalan calon.

“Biasanya calon bebas hanya diketahui pada hari penamaan calon, tak ada majlis sebesar ini.

“Tetapi malam ini, walaupun hanya mempekenalkan calon bebas, kita lihat kehadiran dan penglibatan tuan-tuan dan puan-puan yang cukup meyakinkan dan memberikan semangat,” katanya.

Loke turut mengimbas kembali pengalamannya ketika berkempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 dan berkata, hampir semua ceramah di seluruh pelusuk negara dihadiri oleh Mahathir dan bukannya presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Walaupun ketika itu, Tun Dr Mahathir (Mohamad) dah berumur 91 tahun, tetapi di seluruh pelusuk negara, Tun Dr Mahathir (Mohamad) lah yang turun berceramah.

Loading...

“Setiap ceramah kita hadir, kita lihat, semangat rakyat Malaysia (yang) keluar beramai-ramai memberikan sokongan kepada kita, kerana mesej kita pada ketika itu ialah “kita mesti bersatu, parti-parti pembangkang mesti bersatu, mesti mencari jalan, mencari strategi untuk menumbangkan perompak, penyamun dan penyanggak.”

Turut hadir bersama Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik, Senator Datuk Wira Haji Marzuki Yahya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Jerlun Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ahli Parlimen Kubang Pasu Datuk Amiruddin Hamzah.

Selain Loke, majlis tersebut turut dihadiri oleh Mohamad Sabu sebagai wakil dari AMANAH, menandakan sokongan padu DAP dan AMANAH terhadap Blok Bebas Kuasa Ketiga pimpinan Mahathir.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...