Anthony Loke ‘terkejut’ pengerusi Suruhanjaya Penerbangan Malaysia kecewa

Menurut Loke, pembubaran MAVCOM dan fungsi-fungsinya diserap kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah keputusan Kabinet. Sumber (gambar): SAYS

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook terkejut dengan kenyataan Pengerusi Eksklusif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Dr Nungsari Ahmad Radhi yang kecewa terhadap keputusan pembubaran agensi itu tanpa berunding dengan pihaknya.

Anthony Loke berkata, setelah mendapatkan kelulusan dari Kabinet, Ketua Setiausaha Kementerian diarahkan untuk memaklumkan perkara itu kepada MAVCOM dan membentuk petugas khas bagi mengkaji pelbagai isu termasuk kebajikan, perjawatan dan sebagainya.

“Saya terkejut kenapa Nungsari kecewa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hab kargo udara GTR di sini hari ini.

Terdahulu Nungsari dilapor kecewa dengan keputusan itu kerana ia dibuat tanpa berunding dengan pihaknya.


SEPANG: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook terkejut dengan kenyataan Pengerusi Eksklusif Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), Dr Nungsari Ahmad Radhi yang kecewa terhadap keputusan pembubaran agensi itu tanpa berunding dengan pihaknya.

Menurutnya, pembubaran MAVCOM dan fungsi-fungsinya diserap kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) adalah keputusan Kabinet.




“Setiap perbincangan Kabinet adalah rahsia. Takkan saya hendak beritahu beliau sebelum Kabinet membuat keputusan,” katanya.

Anthony Loke berkata, setelah mendapatkan kelulusan dari Kabinet, Ketua Setiausaha Kementerian diarahkan untuk memaklumkan perkara itu kepada MAVCOM dan membentuk petugas khas bagi mengkaji pelbagai isu termasuk kebajikan, perjawatan dan sebagainya.

“Saya terkejut kenapa Nungsari kecewa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan hab kargo udara GTR di sini hari ini.

Beliau berkata, MAVCOM boleh meneruskan operasinya seperti biasa sehingga pindaan akta berkaitan dibentang dan diluluskan di Parlimen.

Perpindahan fungsi-fungsi utama MAVCOM kepada CAAM memakan masa paling kurang enam bulan.

“Perbincangan dan perundingan mengenai hal-hal berkaitan termasuk pemansuhan serta pindaan akta diluluskan Parlimen,” katanya.

Terdahulu Nungsari dilapor kecewa dengan keputusan itu kerana ia dibuat tanpa berunding dengan pihaknya.

Loading...

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...