Anwar, ambil perhatian: Harga RON95 naik satu sen setiap minggu bermula tahun depan

Anwar berjanji bahawa harga minyak akan turun sebaik sahaja PH menawan Putrajaya. Sumber (gambar): Fail TTF

Harga petrol RON95 akan diapungkan dan dinaikkan sebanyak satu sen setiap minggu sebaik Program Subsidi Petrol dilaksanakan bermula Januari ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen, menjelaskan apungan harga RON95 itu dibuat supaya kenaikannya tidak membebankan pengguna.

Chieng Jen bagaimanapun berkata, program subsidi itu hanya terpakai di Semenanjung manakala Sarawak, Sabah dan Labuan masih menikmati harga subsidi RON95 pada RM2.08 seliter.

“Banyak mekanisme boleh digunapakai antaranya Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebih-lebihan selepas pelaksanaan program subsidi ini,” katanya.


KUALA LUMPUR: Harga petrol RON95 akan diapungkan dan dinaikkan sebanyak satu sen setiap minggu sebaik Program Subsidi Petrol dilaksanakan bermula Januari ini.

Harga bahan bakar itu akan dinaikkan secara berperingkat sehingga mencapai harga semasa pasaran.




Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Chong Chieng Jen, menjelaskan apungan harga RON95 itu dibuat supaya kenaikannya tidak membebankan pengguna.

“Keputusan mengapungkan harga petrol adalah bagi meringankan kos hidup rakyat dan untuk mengelak harga barangan tidak naik mendadak apabila program subsidi dilaksanakan.

“Kita akan apungkan harga petrol secara berperingkat sebanyak satu sen seminggu sehingga harga (RON95) mencapai harga pasaran,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) berhubung mekanisme yang diambil kerajaan bagi mengelak harga barangan naik apabila Program Subsidi Petrol dilaksanakan tahun depan.

Chieng Jen bagaimanapun berkata, program subsidi itu hanya terpakai di Semenanjung manakala Sarawak, Sabah dan Labuan masih menikmati harga subsidi RON95 pada RM2.08 seliter.

“Banyak mekanisme boleh digunapakai antaranya Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebih-lebihan selepas pelaksanaan program subsidi ini,” katanya.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) mendapat manfaat daripada Program Subsidi Petrol membabitkan jumlah tanggungan kerajaan sebanyak RM65.4 juta sebulan.

Loading...

Beliau berkata Program Subsidi Petrol akan dilaksanakan pada awal tahun depan itu membabitkan kadar subsidi RM30 sebulan bagi kereta dan RM12 bagi motosikal.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...