Anwar ancam kestabilan politik, PDRM harus bertindak segera

Bekas penyelaras parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

Bersyukur kerana pegawai Istana Negara telah buat laporan polis keatas kalangan ‘jalang politik’ yang telah menyalahgunakan nama KDYMM Agong serta Istana Negara untuk agenda rakus kepentingan politik perabadi mereka.

Anwar Ibrahim dan para penyokong beliau sedang mengelirukan minda rakyat serta mengganggu-gugat kestabilan politik mahupun ekonomi negara

Kalangan ‘jalang politik’ ini sedang menyusun ‘perang psikologi’ secara berterusan untuk menipu ahli-ahli parlimen dan rakyat agar menyokong agenda rakus bagi memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai PM9.




Tindakan tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim ‘manusia berpenyakit’ dengan penyokong ta’asub beliau sedang merosakkan kestabilan politik, ekonomi mahupun sosial negara.

Kenyataan palsu Anwar Ibrahim kononnya beliau mempunyai cukup sokongan di kalangan ahli-ahli parlimen untuk menjadi perdana menteri telah menyebabkan pasaran saham negara terus jatuh.

Negara rugi berbilion ringgit natijah dari perbuatan tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim serta kuncu-kuncunya.

Satu tindakan tegas dari segi undang-undang mesti dikenakan terhadap Anwar Ibrahim dan para penyokong taksub ‘otak udangnya’.

Ini adalah kaedah terbaik untuk menghalang perbuatan tidak bertanggungjawab dan berniat jahat ini dari terus berpanjangan sehinggakan merosakkan negara kita dari pelbagai segi.

Rakyat ingin melihat pihak PDRM bertindak serta mengambil tindakan tegas keatas Anwar Ibrahim dan budak-budak suruhannya.

Di saat kita sedang menghadapi kemunculan semula gelombang kedua covid19; perkara-perkara yang tidak berfaedah kearah mengganggu-gugat lagi kedudukan politik negara mesti dihentikan.

Loading...

Kerajaan PN tidak effektif di dalam melawan pandemik covid19 kerana sikap menteri-menteri kerajaan sendiri yang menunjukkan contoh tidak baik pada rakyat dalam isu mematuhi SOP yang sepatutnya.

Menteri-menteri kerajaan yang tidak mematuhi SOP tidak diambil tindakan.

Perdana menteri sendiri boleh bermain golf di saat rakyat dinasihati mematuhi setiap peraturan untuk melawan pandemik covid19.

Kalangan orang-orang politik boleh berkumpul dalam perkumpulan yang besar tanpa ikut peraturan dan SOP.

Dengan ertikata yang lain, peraturan dan SOP untuk kalangan vvip boleh berubah-ubah dari masa ke semasa.

Sudah sampai masanya pihak PDRM bertindak tegas tanpa kira status ataupun latar-belakang seseorang itu jika ingin mendaulatkan undang-undang negara.

Apapun, rakyat amat yakin dengan kepimpinan PDRM di bawah Tan Sri Hamid Bador yang amat professional melaksanakan tanggungjawab mereka.

Kedaulatan dan keluhuran undang-undang mesti dipelihara secara terbaik mungkin tanpa ada unsur-unsur pilih kasih atau ‘double standard.’

Sesungguhnya juga, kita yakin dengan kredibiliti serta kewibawaan PDRM dalam menangani pelbagai isu-isu negara termasuk agenda jahat yang tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim bersama kuncu-kuncunya yang tidak menghormati undang-undang negara.

Agenda pembohongan dan penipuan Anwar Ibrahim yang merugikan negara mesti dihentikan secara kadar segera berteraskan keluhuran mahupun kedaulatan undang-undang tanahair kita.

Akta SOSMA adalah yang terbaik untuk dikenakan keatas Anwar Ibrahim yang sedang mengkhianati dan merosakkan kestabilan politik, ekonomi serta sosial negara.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...