Anwar bertungkus lumus dapatkan Akuan Bersumpah baru pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

انور برتوڠكوس لوموس داڤتكن اكوان برسومڤه بارو ڤميمڤين-ڤميمڤين ڤاكتن هارڤن

Saya ingin nasihatkan keseluruhan pemimpin-pemimpin PH agar jangan tertipu serta terpedaya lagi dengan Anwar Ibrahim songsang itu.

Sesungguhnya, Anwar Ibrahim akan terus gagal dengan perancangan kali terakhirnya untuk ambil-alih kepimpinan negara dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN.

Apa saja daya-usaha Anwar Ibrahim untuk meminta surat-surat sumpah berkanun baru dari pemimpin-pemimpin PH; beliau akan tetap gagal kerana tidak mempunyai cukup sokongan dari ahli-ahli parlimen.




Hakikatnya, Anwar Ibrahim sudah tidak relevan lagi. Waimah Anwar Ibrahim bergabung tenaga dengan Najib Razak serta Zahid Hamidi; presiden PKR ini akan tetap menghadapi jalan buntu!

Inilah perangai sebenar Anwar Ibrahim, beliau sanggup gadai segala bentuk maruah diri dan prinsip perjuangan untuk tegakkan kebenaran; asalkan beliau boleh jadi perdana menteri.

Apa saja sanggup dilakukan oleh Anwar Ibrahim bagi menrealisasikan cita-cita rakus politiknya.Jangan sesiapapun di muka bumi ini mempercayai ‘kaki penipu’ nombor satu negara.

Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin PH untuk pinggirkan ‘kaki penipu’ tersohor negara yang telah beberapa kali menipu keseluruhan rakyat Malaysia.

Pemimpin-pemimpin PH harus bergabung tenaga secara rasmi dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan blok PEJUANG.

Sudah sampai masanya untuk semua pihak bersatu hati dengan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ambil-alih kerajaan dari kerajaan ‘tebuk atap’ PN seterusnya meletakkan fokus kearah membangun semula ‘Malaysia Baharu’.

Hanya Tun Dr Mahathir Mohamad saja yang berpegang erat pada prinsip perjuangan bagi menegakkan kebenaran.

Loading...

Adalah buang masa bagi mana-mana pemimpin PH untuk terus membiarkan diri mereka dari diperbodohkan oleh Anwar Ibrahim.

Parti PKR serta Anwar Ibrahim harus menerima hakikatnya bahawa pemimpin ‘kaki penipu’ ini sudah tidak laku lagi dan sama sekali tidak akan berjaya dengan gerakan ‘perang psikologinya’ itu.

Taktik politik lapuk Anwar Ibrahim sudah tidak laku lagi.

Malahan, ‘selipar jepun’ lebih baik dari Anwar Ibrahim yang tidak pernah ikhlas dalam segenap segi.

Adalah diharapkan keseluruhan pemimpin-pemimpin PH tidak akan mengeluarkan lagi kenyataan sumpah berkanun yang baru kepada Anwar Ibrahim.

Ianya adalah satu usaha yang buang masa kerana Anwar Ibrahim hanya akan berjaya jadi perdana menteri Malaysia apabila ‘kucing tumbuh tanduk’.

Selagi ‘kucing tidak tumbuh tanduk’ dengan izin Allah swt; Anwar Ibrahim akan terus gagal untuk menjawat jawatan perdana menteri Malaysia.

Mana mungkin Allah swt mengizinkan ‘manusia songsang’ dilantik sebagai ‘khalifah’ untuk memimpin ummah!! Amin yarabbal alamin.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...