“Adakah ini sebahagian daripada strategi Anwar untuk sabotaj Perikatan Nasional, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga pentadbiran negeri Kedah dengan “balingan satu batu?” Siapa yang cuba ‘game’ siapa di sini?”
Raggie Jessy Rithaudeen
انور چوبا ءڬايمء مخريز، ڤريكتن ناسيونل سرنتق د قدح؟
Hari ini, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Kedah mengisytiharkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas tanpa membincangkan perkara itu terlebih dahulu dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Mereka yang dimaksudkan ialah ADUN Lunas Azman Nasrudin dan ADUN Sidam Dr Robert Ling Kui Ee.
Biarpun bergelar ADUN bebas, mereka menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) sambil menegaskan keputusan terbabit diambil susulan hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Benarkah begitu? Atau adakah ini sebahagian daripada strategi Anwar untuk sabotaj Perikatan Nasional, Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga pentadbiran negeri Kedah dengan “balingan satu batu?”
Saya akur, seseorang ADUN yang ingin keluar parti tidak semestinya perlu merujuk kepada Menteri Besar terlebih dahulu.
Saya turut akur, kedua-dua ADUN ini disifatkan sebagai “pro-Azmin” dan mungkin telah dipujuk oleh pihak tertentu dari PPBM untuk meninggalkan PKR.
Tetapi memandangkan Pakatan Harapan hanya memiliki 19 kerusi DUN di Kedah, kedua-dua ADUN ini sudah tentu tahu bahawa tindakan mereka keluar parti akan melemahkan lagi pegangan Mukhriz terhadap pentadbiran negeri Kedah.
Apakah ini disengajakan, dan mungkinkah Anwar telah mengambil kesempatan untuk cuba ‘tanam’ kedua-dua ADUN ini dalam Perikatan Nasional bagi sebab-sebab tertentu?
Babak PKR ini jangan percaya sangat. Ini bukanlah kali pertama PKR dilihat cuba ‘menerajang’ Mahathir dan anaknya.
Di peringkat pusat, Anwar ‘meruntuhkan’ kerajaan pimpinan Pakatan Harapan apabila mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa tak tentu hala hingga majoriti ahli parlimen PPBM tidak tahan dengan kerenahnya dan bertindak keluar daripada gabungan berkenaan bagi ‘menguburkan’ impian beliau.
Di peringkat negeri pula, beliau membiarkan PKR buat sesuka hati tanpa merujuk kepada kepimpinan pusat Pakatan Harapan.
Pada 13hb Mac 2020, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Kedah, Dato’ Johari bin Abdul, mengutus surat (bawah) kepada setiausaha sulit Sultan Kedah bagi menyatakan sokongan PKR terhadap Muhammad Sanusi bin Md Nor sebagai calon Menteri Besar Kedah.
Perkara ini bercanggah dengan kelaziman dalam Pakatan Harapan di mana tanggungjawab mencalonkan sesiapa sahaja bagi jawatan Menteri Besar dilakukan secara kolektif oleh kepimpinan Pakatan Harapan di peringkat pusat dan seterusnya, negeri.
Siapa yang cuba ‘game’ siapa di sini?
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
