“PKR juga ditolak majoriti akar umbi parti, dan ada tanda-tanda jelas sebahagian besar pengundi yang memboikot UMNO akan beralih ke PAS, Bersatu dan PEJUANG”
Raggie Jessy Rithaudeen
انور چوبا تيمبولكن سمولا ‘سماڠت’ ڤرو14، نامون ڬاڬل – ڤقر كورڠ دتريما
Datuk Seri Anwar Ibrahim cuba menumbulkan semula ‘euphoria’ pro-PH yang dirasai pada Pilihan Raya Umum ke-14.
Menurut Anwar, keadaan di Sabah dan negeri-negeri lain di semenanjung ‘bukti’ penerimaan rakyat terhadap Pakatan Harapan.
Namun, tinjauan-tinjauan yang dilakukan dan pemantauan ceramah-ceramah semua gabungan politik yang terlibat dalam Pilihan Raya Umum ke-15 tidak menyokong pendapat Anwar.
Terlalu banyak ceramah anjuran PKR, DAP dan AMANAH “hambar,” namun perkara ini disenyapkan dan tidak dewar-warkan di saluant-saluran media Pakatan Harapan.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Malah, dakwaan Anwar kononnya Pakatan Harapan mampu menang majoriti mudah jauh meleset, berdasarkan analisa terkini yang mencadangkan Tsunami Melayu-Islam yang memihak kepada GTA, Perikatan Nasional dan parti-parti alternatif lain.
PKR dan UMNO dijangka akan mencatatkan prestasi yang jauh leibh buruk berbanding Pilihan Raya Umum ke-14, manakala DAP berkemungkinan tinggi akan mencatatkan perosotan di sekitar 20 peratus dari segi perolehan kerusi.
TONTON: GTA, GPS SAH KINGMAKER
UMNO sedang berdepan sabotaj dan boikot besar-besaran di seluruh negara, melibatkan jentera pilihan raya dan akar umbi.
PKR juga ditolak oleh majoriti akar umbi parti, dan ada tanda-tanda jelas sebahagian besar pengundi yang memboikot UMNO akan beralih ke PAS, Bersatu dan PEJUANG.
PKR kini banyak bergantung kepada perang persepsi di media sosial, dan kebanyakkan profil Facebook yang menyokong Anwar amat mencurigakan dan disyaki milik “Laskar Siber.”
Sekiranya bilangan yang keluar mengundi mencecah 75 peratus, amat sukar bagi Pakatan Harapan membentuk kerajaan, sekalipun gabungan itu bekerjasama dengan Barisan Nasional dan GPS selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
